Apa salah KANGKUNG sehingga dipolitikkan?
Kritik dengan menggunakan perumpaan pokok, binatang dan seumpamanya menjadi ringan dalam ungkapan seseorang. Sehingga boleh berbangga jika mampu mengkritik seseorang dengan mengaitkan dengan perumpaan tersebut.
Apa salah KANGKUNG sehingga ditempelkan kepada ahli akademik. Adakah ahli akademik dianggap bijak (tidak KANGKUNG) jika boleh memihak kepada mereka yang penuh emosi dalam berpolitik.
Perasaan, emosi dan kelakuan yang tidak memihak kepada kelompok ini seolah menjadi kesalahan. Sekarang bukan sahaja ahli akademik, ahli agama sehingga mufti pun dikangkungkan jika tidak mengikut nafsu mereka.
Perang media sosial oleh netizen sedang dikocak hebat. Siapa lagi nak nasihatkan jika ahli ilmu dikritik dan hilang kepercayaan kepada ahli ilmu.
Hati-hati di zaman ini. Macam-macam gila ada. Ia tidak hanya gila mental, tapi mengkritik juga boleh jadi gila.
Mengkritik sehingga hilang rasa hormat kepada orang sepatutnya, sebaliknya bertambah hormat kepada orang yang tidak sepatutnya.
Sanggup jatuhkan maruah ahli ilmu tanpa segan silu.
Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
USM