Tindakan FAM menggantung pemain Myanmar Hein Htet Aung, pemain kelab Divisyen Dua Selangor FC II mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat sukan tersebut.
Alasan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Bola Sepak Malaysia,Baljit Singh Sidhu bahawa bola sepak mestilah melangkaui kaum, agama dan politik.
Namun beliau lupa bahawa pendirian FIFA tentang isu kemanusiaan juga sudah mula berubah. FIFA dan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) juga malah memperkenalkan kempen “Respect” dan “No Racism” bagi menentang diskriminasi perkauman dan warna kulit yang berlaku di seluruh dunia.
Adakah ia sesuatu yang “offensive” atau sensitif menurut FAM apabila rakyat Myanmar menghadapi rampasan kerajaan daripada junta tentera Myanmar? Sedangkan isunya bukan berbentuk politik tetapi lebih kepada isu kemanusiaan.
Pemain Jerman contohnya pernah bertambah dengan memakai baju tertulis HUMAN RIGHTS (seorang satu huruf) manakala pemain bola sepak Belanda pula memakai baju tertulis “Football Needs Change” sebelum sepak mula perlawanan kelayakan Piala Dunia masing-masing baru ini.
Pelbagai negara dari seluruh dunia mengutuk tindakan junta tentera Myanmar yang merampas kerajaan daripada pemimpin sah Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi.
Malah rampasan kuasa itu juga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Myanmar yang mengakibatkan lebih 500 orang awam terbunuh ketika ini.
Keputusan FAM menggantung pemain Myanmar tersebut di bawah Artikel 59 Kod Tatatertib FAM juga seperti tidak kena daripada maksud asal undang-undang tersebut. Memandangkan pemain tersebut tidak menjejaskan semangat kesukanan mana-mana pemain ia hanya menunjukkan isyarat solidariti terhadap pergolakan yang berlaku di negara beliau.
Malah sebelum ini, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini juga pernah mendapat pertikaikan daripada bekas Pengerusi mereka iaitu Kamarudin Abdullah apabila FAM turut menggunakan tindakan tatatertib yang sama apabila melakukan simulasi ketika perlawanan. Jika FIFA boleh bertoleransi tentang isu kemanusiaan mengapa tidak FAM?