1. Melihat sendiri kes kemurungan yang makin meningkat kebelakangan ini, adakah PKP menjadi punca 100% atau ianya hanya “trigger point” untuk seseorang mengalami kemurungan yang lebih parah?
Seeing for yourself the increasing cases of depression recently, is PKP a 100% cause or is it just a “trigger point” for someone to experience more severe depression?
Sebenarnya, kemurungan atau dalam English adalah Depression biasanya disebabkan oleh gabungan tekanan daripada peristiwa-peristiwa hidup dahulu (kisah lampau), perkara semasa (contohnya PKP) dan peristiwa yang berlaku secara berpanjangan dan berterusan (contohnya kehilangan sumber pendapatan, terperangkap dalam hubungan toksik, tekanan di tempat kerja, dan pengasingan atau isolation).
Namun, seseorang individu akan lebih berisiko untuk mengalami kemurungan jika mereka mempunyai ahli keluarga yang mengalami kemurungan, personaliti neurotik (e.g. senang risau, keyakinan diri yang rendah), mempunyai penyakit chronic serta penyalahgunaan dadah atau alkohol. Jadi jawapan ringkasnya, PKP boleh menjadi faktor “triggering” atau pencetus dan faktor “maintaining” kepada kemurungan untuk sesetengah individu.
In fact, depression is usually caused by a combination of stress from past life events (past stories), current things (e.g. PKP) and events that occur long and continuously (e.g. loss of source of income, trapped in toxic relationships, stress in the workplace, and isolation or isolation).
However, an individual will be more at risk for developing depression if they have a family member who suffers from depression, a neurotic personality (e.g. anxious, low self -confidence), has a chronic illness as well as drug or alcohol abuse. So the short answer is, PKP can be a “triggering” factor or a trigger and a “maintaining” factor to depression
for some individuals.
2. Pemakanan tak ikut masa. Duduk dirumah, tidak buat apa-apa. Lihat angka kes Covid turun naik. Unsur provokasi. Semua ini mungkin kelihatan seperti “pencetus” yang menjurus ke arah kebimbangan melampau dan berlaku kemurungan.
Sebagai seorang pakar klinikal psikologi, apa bentuk terapi yang kita sendiri boleh lakukan untuk mengesan dan mengurangkan implikasi pencetus terhadap kesihatan mental kita?
Inconsistent food intake, not engaging with any activities at home, seeing the Covid case numbers fluctuate, all of this may seem like a “trigger” that leads to extreme anxiety and depression. As a clinical psychologist, what forms of therapy can we ourselves do to detect and reduce the implications of triggers on our mental health?
Setiap kecelaruan mempunyai simptom tersendiri, tetapi secara umum, jika anda mempunyai masalah kesihatan mental antara simptom-simptom yang boleh dilihat adalah apabila berlaku perubahan atau gangguan terhadap kefungsian asas kehidupan seperti melaksanakan kerja-kerja harian (e.g. mandi, memakai baju), perubahan mood yang drastik, perasaan mudah marah, kurang minat untuk berinteraksi dengan orang lain, hilang selera makan, tidur terganggu, hilang fokus dalam kerja serta hilang rasa keseronokan dalam kehidupan.
Sebagai langkah awal, untuk menjaga kesihatan mental sepanjang tempoh PKPD/PKP tingkatkan interaksi secara maya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, cuba memahami situasi harian dengan minda yang terbuka dan positif, amalkan rutin harian yang tetap (e.g. tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari), hadkan informasi yang anda terima berkaitan dengan COVID-19, dan cari masa untuk anda berehat atau membuat aktiviti pilihan anda.
Each disorder has its own symptoms, but in general, if you have a mental health problem among the symptoms that can be seen is when there is a change or disruption of basic functions of life such as performing daily chores (eg bathing, wearing clothes), mood swings, drastic, irritable feelings, lack of interest in interacting with others, loss of appetite, disturbed sleep, loss of focus in work as well as loss of sense of enjoyment in life.
As a first step, to maintain mental health throughout the PKPD/PKP period increase virtual interaction with family members and friends, try to understand daily situations with an open and positive mind, practice regular daily routines (eg sleep and wake up at the same time daily), limit the information you receive related to COVID-19, and find time for you to relax or create activities of your choice.
3. Bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan mental? Apakah bentuk intervensi psikoterapi yang ahli keluarga boleh bantu dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh sepanjang berada di rumah?
What about those who already have mental health problems? What forms of psychotherapy interventions can family members help with during the period of Full Movement Restriction while at home?
Sebenarnya, psikoterapi adalah salah satu kaedah yang digunakan khas oleh ahli terapi kerana ia memerlukan latihan yang khusus untuk dilaksanakan secara efektif dan saya kurang menggalakkan ahli keluarga untuk membuat psikoterapi sendiri.
Namun begitu, ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting sebagai sumber sokongan emosi untuk individu-individu yang mengalami masalah kesihatan mental disamping rawatan terapi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga adalah mendengar luahan masalah individu tersebut tanpa pemikiran “judgmental”.
Ahli keluarga juga digalakkan untuk sentiasa mengawasi keadaan individu tersebut dari masa ke semasa dan bertanya khabar mereka (e.g. are you ok?, how are you feeling?). Ahli keluarga juga digalakkan untuk meluangkan masa bersama individu tersebut, tanpa memaksanya. Ia juga amat penting untuk mengawal atau memastikan individu tersebut mengambil ubat-ubatan mereka mengikut preskripsi pakar psikiatri.
Akhir sekali, ahli keluarga juga boleh cadangkan supaya individu tersebut mendapat bantuan melalui perkhidmatan tele-terapi iaitu perkhidmatan psikoterapi/ kaunseling atas talian dan juga bantuan melalui hotline-hotline yang sedia ada.
Psychotherapy is one of the methods used specifically by therapists because it requires specialized training to be implemented effectively and I discourage family members from doing psychotherapy on their own.
Nevertheless, family members play a very important role as a source of emotional support for individuals with mental health problems in addition to therapeutic treatment. Among the steps that can be taken by family members is to listen to the expression of the individual’s problems without “judgmental” thinking.
Family members are also encouraged to constantly monitor the individual’s condition from time to time and greet them (e.g. are you ok? how are you feeling?). Family members are also encouraged to spend time with the individual, without forcing them. It is also very important to control or ensure that the individual takes their medications as prescribed by a psychiatrist.
Finally, family members can also suggest that the individual get help through tele-therapy services, namely online psychotherapy/counseling services and also help through existing hotlines.
4. Dalam keadaan sebegini, minda bawah sedar adalah yang mengawal kita. Adakah keadaan ini kita tidak dapat kenal pasti sepenuhnya, atau kita akan sedar selepas sesuatu perkara diluar jangka kita telah lakukan?
In such a situation, the subconscious mind is what controls us. Is this a situation we can’t fully identify, or will we realize after something unexpected we have done?
Apabila seseorang mengalami kecelaruan kemurungan, kebanyakan masa terutamanya pada peringkat awal, minda bawah sedar atau unconscious mind lebih dominan daripada minda sedar atau conscious mind.
Minda bawah sedar banyak mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku kita. Contoh, dari sudut pemikiran, kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita sebenarnya sedang berfikiran secara tidak rational tentang perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita atau kita kenali sebagai negative automatic thoughts.
Negative automatic thoughts pula terdapat beberapa jenis; salah satu daripadanya adalah mind reading atau membaca fikiran. Contohnya, “Abu banyak bercakap dengan Ali daripada saya, mesti Abu benci saya”.
Cara fikiran seperti ini sangat berbahaya kerana lama-kelamaan kita akan terbiasa fikir secara negatif dan ini akan membawa kesan kepada persepsi terhadap diri sendiri.
Jika dari sudut tingkahlaku, kadang-kadang kita tak perasan yang kita marah anak kita tapi hakikatnya sebenarnya kita marah dekat bos kita. Kebanyakkan keadaan berlaku tanpa kita sedari. Oleh itu, kaedah psikoterapi seperti Cognitive Behaviour Therapy membantu individu untuk sedar terhadap pemikiran negatif yang berlaku dalam keadaan minda bawah sedar dan untuk membetulkan pemikiran tersebut secara rasional dan positif.
When a person suffers from depressive disorder, most of the time especially in the early stages, the subconscious mind or unconscious mind is more dominant than the conscious mind. The subconscious mind greatly influences our thinking and behavior.
For example, from a thinking point of view, sometimes we don’t notice that we are actually thinking irrationally about things happening around us or we know as negative automatic thoughts. Negative automatic thoughts are of several types; one of which is mind reading or mind reading. For example, “Abu talks more to Ali than me, Abu must hate me”.
This way of thinking is very dangerous because over time we will get used to thinking negatively and this will affect the perception of self. If from the point of view of my behavior, sometimes we do not notice that we are angry with our children but the fact is that we are angry with our boss.
Most situations happen without us realizing it. Thus, psychotherapy methods such as Cognitive Behavior Therapy help individuals to be aware of negative thoughts that occur in the subconscious state and to correct those thoughts rationally and positively.
5. Bagaimana dengan langkah-langkah pengesanan awal untuk mengenalpasti mereka di kalangan kita yang mengalami impak psikologi akibat situasi pandemik ini? What about early detection measures to identify those among us who are experiencing psychological impact as a result of this pandemic situation?
Semua orang sedang mengalami stress atau tekanan. Secara general nak tahu kita okay atau tak adalah kita kena tanya diri sendiri “adakah saya okay”.
Kadang-kadang, kita sendiri boleh tahu yang kita tak okay atau macam bermasalah. Contohnya, seperti kurang berminat untuk berinteraksi dengan orang lain danselalu mengasingkan diri, cepat marah, perubahan mood yang drastik, hilang selera makan, tidur terganggu, hilang fokus dalam kerja serta hilang rasa keseronokan dalam kehidupan.
Mungkin sebelum ini kita tak rasa sangat simptom macam ni, tapi kita dapat rasa ia mula berubah. Konklusinya, sedari perubahan perasaan anda, adakah kita okay atau tidak? “Tidak mengapa untuk tidak berasa OK” dan “Adalah OK untuk meminta bantuan”.
Everyone is experiencing stress or pressure. In general, to know if we are okay or not, we have to ask ourselves “am I okay”. Sometimes, we ourselves can know that we are not okay or kind of problematic.
For example, such as lack of interest in interacting with others and constant isolation, irritability, drastic mood swings, loss of appetite, disturbed sleep, loss of focus at work as well as loss of sense of enjoyment in life. Maybe before this we didn’t feel much of a symptom like this, but we can feel it starting to change.
In conclusion, be mindful of how you feel, aware of the change in your feelings, are we okay or not? “It’s okay to not be okay” and “it’s ok to seek for help”.
*Temubual bersama Shazrina Sabri, Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri