Perdana Menteri Kesepuluh, Anwar Ibrahim dinasihati agar tidak menyekat kemajuan sebegitu pembangunan ekonomi negeri Kedah sepertimana gesaan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam usaha menyiapkan projek mega Kedah Aerotropolis yang merangkumi beberapa komponen termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang akan membantu perkembangan ekonomi negeri Kedah serta memanfaatkan kesejahteraan rakyat dalam negeri dalam pada turut akan menyumbang dalam perkembangan KDNK negara.
Mewakili Armada Bersatu sebegitu selaku anak negeri Kedah yang melihat potensi yang selama ini diusahakan oleh Menteri Besar Kedah, KXP malah Kedah Aerotropolis ini akan dapat memesatkan lagi pembangunan negeri sebegitu melonjakkan pelaburan dalam negara hasil impak dari aktiviti bernilai tinggi di negeri ini utamanya dalam kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park) selaku pusat pembangunan industri dan teknologi di Koridor Utara.
Kami anak negeri Kedah amat terkilan apabila Perdana Menteri Kesepuluh (PM-10) seakannya meminggirkan negeri-negeri Melayu termasuk utamanya di negeri Kedah sedangkan laporan prestasi ekonomi antara negeri-negeri dalam Malaysia jelas menunjukkan perkembangan hasil pelaburan yang mapan di bawah pentadbiran MB Sanusi, sebagai contoh dalam tahun 2021 sahaja, negeri Kedah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM68.3 Bilion dalam pada suku kedua tahun 2022 pula mecatatkan bahawa Kedah telah menerima RM20 bilion nilai pelaburan pada tahun tersebut, menjadikan negeri Kedah pada ketika itu berjaya mendahului jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia.
Dengan terwujudnya Kedah Aerotropolis ini, negara akan mampu menjadi peneraju serantau mendepani negara-negara Asia Tenggara lainnya malah bersaing dalam perkembangan pembangunan global bagi meneroka industri berteknologi tinggi aeroangkasa dan penerbangan dengan pembukaan kawasan perindustrian baharu. Adalah tidak masuk akal apabila PM-X ingin menyekat perkembangan ini dengan memfokuskan kepada pembangunan di Pulau Pinang untuk membangunkan lapangan terbang yang lebih bergantung kepada sektor pelancongan semata.
Sedangkan menerusi pembangunan Kedah Aerotropolis ini dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) akan mampu membawa berbilion ringgit nilai pulangan hasil pelaburan dan membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat sebegitu dalam meneroka bukan sahaja dalam konteks industri, sebegitu pelancongan industri yang akan merancakkan segenap aspek ekonomi masyarakat sekitar untuk dibangunkan sejajar dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang meletakkan negeri Kedah sebagai negeri dalam agenda pembangunan aeroangkasa dan juga pelancongan.
Adakah Anwar Ibrahim tidak nampak konsep ‘madani’ dalam kemakmuran ekonomi menerusi perancangan ini? Adakah Anwar Ibrahim hanya berdendam dalam aturan tadbir urus negara sehingga sanggup merencatkan perkembangan ekonomi dalam negeri Kedah yang mampu mengurangkan jurang KDNK antara Kedah dan Pulau Pinang daripada 55 peratus ketika ini kepada 37 peratus pada 2030? Pun begitu syabas diucapkan kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang begitu komited untuk meneroka pembaharuan dan kemajuan negeri Kedah untuk melaksanakan projek berkenaan secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya. Anak Kedah berharap tiada gangguan dari tangan-tangan ghaib menerusi agensi-agensi persekutuan untuk menggagalkan rancangan kemajuan ini.
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia
TImbalan Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Malaysia