Zuraida sah Presiden PBM

October 8, 2022 · Politik

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin menggantikan Datuk Larry Sng sebagai presiden baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pelantikan Ahli Parlimen Ampang itu disahkan oleh Setiausaha Agung PBM, Nor Hiizwan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

“Mesyuarat majlis tertinggi yang bermesyuarat semalam mengesahkan tujuh usul yang diluluskan sebulat suara.

“Antara usul yang diterima sebulat suara ialah melantik Zuraida sebagai presiden,” kata Nor Hiizwan.

Tambahnya, PBM telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Minggu lalu, Sng, yang juga Ahli Parlimen Julau, menyiarkan di Facebook bahawa beliau masih presiden PBM dan tidak akan berundur dalam masa terdekat jika Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dalam masa terdekat, tetapi tidak menyatakan jangka masa.

Sebaliknya, beliau berkata peralihan kuasa kepada Zuraida berikutan AGM perlu mengikut prosedur yang betul.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok