Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara

September 23, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hanya tidur atas lantai semasa meringkuk dalam penjara ketika zaman bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak memerintah sebelum ini.

Presiden PKR itu membandingkan layanan yang diberikan kepadanya semasa berada dalam penjara dengan Najib yang diberikan kod ‘merpati’ kerana layanan istimewa diterimanya walaupun baharu sebulan menjalani hukuman.

“Kalau kamu ikut cara saya, saya tak pedulikan perkara-perkara remeh ini. Saya dengar ada yang kata dia menderita dan Anwar dapat layanan lebih baik semasa di penjara.

“Pada masa dia (perintah), saya tak cakap zaman bawah Mahathir (Mohamad), saya duduk atas lantai berminggi-minggu sebelum doktor datang dan kata, ‘beri dia katil atas alasan klinikal, untuk masalah belakang dia’.

“Makanan pula tentulah makanan penjara,” kata Anwar dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Ketua Pembangkang itu menjalani hukuman penjara kali kedua pada 2015 sehingga 2018, ketika itu Najib menjadi PM selepas disabitkan bersalah berhubung kes Liwat II.

Terdahulu, tular dalam media sosial dan mesej di WhatsApp berhubung status Najib yang didakwa tidak berada di Penjara Kajang sebaliknya diberikan rawatan di Hospital Rehabiltasi Cheras (HRC).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli musykil keberadaan Najib dan membangkitkan persoalan berhubung isu tersebut.

Kemudiaan, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan dalam satu kenyataan Najib sedang menerima rawatan di HRC baru-baru ini selepas timbul mesej tular tersebut.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022· Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022· Politik
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
26 minit lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
1 jam lalu · Politik
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
2 jam lalu · Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok