Zaman jebon dulu lain, kata Mokhtar bidas bekas ahli PAS tinggalkan parti

May 29, 2022 · Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik membidas pihak yang mengecam beliau kerana terus memuat naik status mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya pihak terbabit menyifatkan kenyataan beliau supaya sesuatu dilakukan untuk memperkukuhkan semula kerjasama penyatuan ummah antara PAS dan UMNO menerusi MN, sebagai ‘melanggar presiden’.

“Nampaknya mereka yang sebelum ini hentam saya kerana masih memuat naik status menyokong dan berlunak dengan MN, kononnya pendirian saya dan kenyataan saya mengenai MN bercanggah dengan presiden dan beberapa pimpinan PAS.

“Kononnya kenyataan saya agar kita terus memcari jalan mempertautkan MN sebagai kenyataan langgar presiden. Rupanya anda silap. Sekarang anda nak kata apa?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pendirian parti itu masih sama iaitu kekal bersama MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Khamis lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS akan berusaha mempertahankan prinsip penyatuan ummah yang dimenterai bersama UMNO menerusi MN, dan pada masa sama mengekalkan gabungan parti politik dalam PN.

“Agenda perpaduan ummah merupakan agenda terbesar yang akan kekal dipertahankan. Kita yakin akan menang (dalam PRU-15) dengan mempertahankan PN dan masih kekal bersama MN,” katanya.

Mengulas lanjut, Mokhtar menafikan beliau menyanggah Abdul Hadi dan pemimpin tertentu apabila mengeluarkan kenyataan berhubung penyatuan di dalam MN.

“Saya teringat masa zaman jebon dulu. Asal ada teguran dan kritikan kepada pimpinan tertentu lalu terus di cop langgar presiden. Waktu itu saya buat status yang agak keras.

“Saya bukan langgar presiden tapi saya akan langgar MUU (pimpinan tertentu yang kemudiannya keluar parti),” tegasnya tanpa menyebut siapa yang beliau maksudkan dengan ‘jebon’.

Mokhtar berkata pihak terlibat menjadikannya isu apabila ada orang lain yang mengkritik dan membantah tindakan mereka, lalu dicop sebagai telah melanggar presiden.

“Mereka buat hal… bila ada orang kritik dan bantah tindakan mereka lalu dianggap langgar presiden. Moga perkara yang sama tak berlaku lagi.

“Sebelum ini saya tegas bahawa saya masih beranggapan MN perlu dipertahankan. Tak perlu saling jawab menjawab dengan nada tajam semacam MN sudah menuju jalan mati,” katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan MN kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Zahid berkata soal masa depan MN wajar dibincangkan pada peringkat jawatankuasa PAS dan UMNO sebelum hasil perbincangan dibawa kepada pimpinan kedua-dua parti untuk diputuskan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula menegaskan tidak ada istilah ‘nyawa-nyawa ikan’ untuk gagasan MN selagi tiada pihak membatalkan piagam yang dibentuk.

Berita berkaitan
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Tiada krisis dalaman walaupun selepas Tajuddin disingkir: Mahdzir
June 26, 2022· Politik
Kedua-dua lambang boleh digunakan PAS, kata Sanusi
June 26, 2022· Politik
PAS khianat MN bukan UMNO, Tok Mat anggap tidak boleh diselamatkan
June 15, 2022· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
1 jam lalu · Politik
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
6 jam lalu · Politik
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
9 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok