Zakat orang Islam bayar pun DAP nak tumpang nama

Amalan berzakat sememangnya digalakkan dikalangan umat Islam terutamanya bagi membantu golongan miskin, jadi tidak hairan lah apabila pemimpin politik DAP yang bukan Islam pun hendak turut menumpang populariti.

Tidak pasti samaada Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto ini juga ada berzakat dengan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) apabila beliau pula terlibat bersama-sama dalam memberikan bantuan agensi tersebut kepada orang Islam bersempena bulan ramadan ini.

Lebih mengejutkan, Kasthuri mempertahankan tindakannya menyertai penyerahan program PUZ dengan mengatakan dirinya adalah wakil rakyat dan isu pemberian bantuan tersebut tidak wajar dipolemikkan.

“Saya adalah wakil rakyat dipilih kepada semua, tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik.

“Sejak serangan terhadap saya dan pejabat saya oleh golongan fanatik ekstremis semakin meningkat, malangnya PUZ juga secara tidak langsung diserang.

“Oleh itu, saya telah memadamkan semua hantaran berhubung bantuan PUZ dan diedarkan oleh pejabat kami,” kata Kasthuri dalam akaun Facebooknya.

Susulan perkongsian Kasthuri bersama-sama dengan program PUZ tersebut, beliau diserang dengan kritikan sehingga terpaksa menurunkan gambar-gambar program bersama PUZ yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Semakan kemudiaan mendapati, beliau juga sudah membuang semua gambar-gambar bersama program PUZ selepas menerima kritikan hebat dalam ruangan komen Facebooknya.

POPULAR