Zahidi nak lari ke PKR lepas dipecat UMNO

January 30, 2023 · Politik

Bekas Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dipecat dari parti itu tahun lalu mengesahkan memilih untuk menyertai PKR, lapor Sinar Harian.

Menurut bekas Ahli Parlimen Padang Besar itu, beliau bersama 100 ahli UMNO bahagian itu akan memohon masuk ke parti yang juga rakan UMNO dalam kerajaan perpaduan, Sabtu ini.

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) hendak buat pembersihan (parti) itu elok sebab ramai hendak ikut saya masuk PKR.

“Saya bakal menyertai PKR secara rasmi pada 4 Februari ini bersama 100 ahli Umno Bahagian Padang Besar. Dijangka banyak cawangan parti itu di Padang Besar yang bakal terbubar kelak,” katanya.

Beliau juga mendakwa ramai ahli UMNO termasuk pimpinan pusat yang bakal meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR dan Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan pemecatan dan penggantungan, Jumaat lalu.

“Ramai orang tanya saya macam mana hendak masuk PKR, termasuk sebilangan pemimpin UMNO Pusat. Ada juga antara mereka hendak masuk PN. Ini semua sebab mereka tidak bersetuju cara presiden,” katanya.

Beliau yang merupakan penyandang selama dua penggal Parlimen Padang Besar dipecat selepas bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 berikutan tidak dicalonkan semula oleh UMNO.

Zahidi dipecat dari bersama tiga pemimpin lain iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Datuk Azhar Ahmad.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
41 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok