Zahid ucap selamat Tahun Baharu 2022 sambil ‘sembunyikan tangan’

January 1, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pasti sama ada pada 2022 ini negara akan pulih daripada ketidakstabilan politik dan ekonomi sejak Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018 lalu.

Menurutnya, Malaysia berdepan banyak pancaroba ketidakstabilan politik, ekonomi, kesihatan dan segala-galanya sejak 2018 yang menjadi ujian buat rakyat negara ini.

“Ketidakstabilan politik mengakibatkan negara menghadapi pelbagai kemelut dan krisis pentadbiran,” katanya dalam kenyataan malam tadi sambil menyifatkan kelembapan ekonomi menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan, manakala perniagaan gulung tikar.

Bekas Timbalan Perdana Menteri 33 bulan itu berkata memasuki tahun baharu 2022, kestabilan politik, ekonomi dan semuanya mesti dipulihkan segera demi negara kembali sejahtera, makmur dan sentosa.

Untuk rekod, ketidakstabilan politik dicetuskan UMNO setelah pertama kali dalam sejarah negara mereka menjadi pembangkang di Dewan Rakyat. Dendam kesumat melangkaui kesejahteraan rakyat demi melepaskan diri daripada rasa malu dan mahkamah.

Ringkasnya, keghairahan cikgu Zahid, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi PM akhirnya memakan diri apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan PM ketujuh.

Sekali gus ia dilihat peluang untuk Anwar menjadi PM dengan sokongan UMNO, namun Akuan Sumpah ditandatangani Zahid dan rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak hanya gula-gula buat Presiden PKR itu, sebelum mereka bersetuju membawa UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk Bersatu serta PAS dan beberapa parti lain.

Zahid membawa UMNO memberi janji kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudian diangkat sebagai PM kelapan, pada 1 Mac 2020, ketika negara berdepan pandemik Covid-19 yang turut melanda seluruh dunia.

Namun, menjelang Ogos 2021, UMNO di bawah pimpinan Zahid terus mencetuskan ketidakstabilan politik setelah Muhyiddin tidak memberi layanan istimewa dan menyelamatkan ‘Kluster Mahkamah’.

Kemelut politik dicetuskan UMNO terhadap Kerajaan PN berterusan dengan Zahid membawa 14 lagi Ahli Parlimen (MP) UMNO mengkhianati dan melanggar janji menyokong Muhyiddin pada 3 Ogos 2021.

[Rasulullah SAW juga telah mempercirikan golongan munafik dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji. Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)]

Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021, sebelum Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah PM pada 21 Ogos tahun sama dengan mendapat sokongan penuh PN.

Menjadi kebiasaan sejak negara merdeka, Presiden UMNO menjadi PM Malaysia, tetapi kali ini, Presiden UMNO dianggap tidak layak bukan sahaja oleh PN, tetapi juga ramai dalam kalangan MP UMNO sendiri.

Namun, seperti biasa Zahid menyalahkan Kerajaan PN susulan masalah yang timbul akibat pandemik Covid-19, walaupun menyedari virus itu menyerang seluruh dunia sehinggakan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman pun gagal menangkisnya.

Mengulas lanjut dalam tulisan di Facebooknya malam tadi, Zahid yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah, di dua Mahkamah Tinggi, mengajak rakyat Malaysia kembali menyokong BN.

“Apakah akan ada sinar kestabilan buat Malaysia nanti Allah S.W.T saja maha mengetahuinya. Apakan ada citra baharu untuk rakyatnya mendakap semula kemakmuran yang dirindui Yang Maha Esa jua menentukan.

“Namun kita percaya Allah S.W.T tidak mengubah nasib manusia kecuali manusia sendiri berusaha untuk mengubahnya.

“Maka ayuh seluruh rakyat kita bersama, bersepakat dan bermuafakat dibawah panji BN,” katanya sambil mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berita Berkaitan

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Hasrat MUDA sertai PH terus dapat tentangan pemimpin PKR
September 10, 2022
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok