Zahid Timbalan Perdana Menteri kerajaan Anwar?

November 16, 2022 · Politik

Tular di media sosial hari ini (16 November 2022) gambar ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ melibatkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini (19 November 2022).

‘Kabinet perpaduan’ dibarisi pemimpin PH dan BN dengan Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

Seperti dijanjikan, tiga Timbalan Perdana Menteri disandang masing-masing oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sebanyak 27 nama pemimpin PH dan BN turut disenaraikan dalam ‘Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 – 2027’ itu.

Senarai Kabinet bayangan itu tular susulan dakwaan mengatakan Zahid akan membawa UMNO dan BN menyertai pakatan bersama PH, sekiranya gabungan kedua-dua parti itu berjaya memperoleh lebih kerusi bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Zahid sendiri telah menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan campuran, menyebabkan anggapan dibuat bahawa dia akan memilih bekerjasama dengan rakan baiknya, Anwar, bagi melepaskannya daripada puluhan tuduhan jenayah di mahkamah.

Terdahulu tiga pemimpin utama politik negara, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Pengerusi GTA Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan kemungkinan Zahid akan bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU-15.

Keadaan ini boleh berlaku sekiranya UMNO dan BN atau PH gagal mendapat sejumlah kerusi untuk membentuk kerajaan secara sendirian.

Bagaimanapun, menjelang hari pengundian Sabtu ini, Muhyiddin yakin Perikatan Nasional akan mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan sendirian, tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti.

Ini berdasarkan gelombang sokongan yang semakin memuncak terhadap Perikatan Nasional, di mana rakyat mahukan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
11 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok