Zahid tidak panggil Menteri UMNO sejak perjumpaan dengan PM

April 1, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak memanggil Menteri dan Timbalan Menteri untuk berjumpa bagi mendapatkan penjelasan berhubung perjumpaan mereka dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri pada Isnin baru-baru ini.

Tindakan mendiamkan diri Presiden UMNO tersebut menimbulkan persoalan berhubung penolakan di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO terhadap cabaran beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) hujung minggu lalu supaya meletak jawatan daripada kabinet.

“Sehingga hari ini (Rabu), Presiden belum memanggil kami untuk mengadap dan meminta penjelasan daripada kami berhubung pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata sumber yang juga seorang menteri kabinet kepada Agenda Daily.

Sumber berkata ia agak mengejutkan apabila Zahid selaku Presiden patut sekurang-kurangnya memanggil mereka untuk meminta penjelasan tentang perjumpaan dengan Muhyiddin tetapi sebaliknya ia tidak berlaku.

“Entah lah, mungkin Presiden sendiri kecewa apabila tidak ada seorang daripada kami yang meletak jawatan,” jelas sumber lagi.

Keputusan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO untuk kekal dalam kerajaan merupakan satu tamparan kepada Zahid yang dilihat sedang diperlekehkan dan tidak dihiraukan.

Rakan-rakan media juga cuba gagal menghubungi Zahid untuk menyatakan pendirian terhadap keputusan diambil Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang tidak meletak jawatan walaupun sudah dicabar untuk melakukannya di PAU lalu.

Jelas sumber lagi, tidak dinafikan ia keputusan yang berat untuk dibuat kerana seolah-olah melanggar keputusan parti bagaimanapun mereka memilih untuk tidak lari daripada tanggungjawab sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Ia suatu keputusan yang berat, bagaimanapun selepas dinasihati Perdana Menteri kami akur dan patuh untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.

Setakat ini, semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sepakat untuk mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan.

Keputusan dibuat oleh Menteri dan Timbalan Menteri tersebut juga dilihat sebagai membelakangi keputusan parti dan gesaan Presiden seakan-akan tidak dihormati.

PAU hujung minggu lalu memberikan mandat kepada Zahid dan majlis tertinggi parti itu untuk menentukan tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN.

Zahid dalam ucapannya juga mendesak supaya Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan bagaimanapun sehari selepas itu mereka bertemu dengan Muhyiddin dan sebaliknya mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
24 jam lalu· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
13 minit lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok