Zahid tiada moral, tak layak berunding bentuk kerajaan: Khairy

November 22, 2022 · Politik

Timbalan Ketua UMNO Rembau Khairy Jamaluddin berkata rundingan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu tidak boleh melibatkan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy mempertikaikan keabsahan moral Zahid selaku Presiden UMNO, sambil mendesak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berundur seberapa segera.

Malah katanya, Zahid mungkin hanya Presiden pada nama sahaja, tetapi dia tidak lagi berkuasa dari segi moral untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO.

“Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera. He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini (22 November 2022).

Pembentukan Kerajaan Persekutuan masih lagi tergantung apabila Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak memperoleh kerusi majoriti mudah pada PRU-15, Sabtu lalu (15 November 2022).

Bagaimanapun, PN dikatakan sudah mempunyai lebih 112 Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.

Susulan itu, Zahid dilaporkan bersedia membawa UMNO dan BN yang menang 30 kerusi Parlimen menyokong PH diketuai rakan baiknya Anwar Ibrahim, sedangkan seluruh ahli UMNO menolak langlah itu.

Bagaimanapun, Dewan Tertinggi BN dikatakan membuat keputusan utuk menyerahkan kepada budi bicara serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam soal memutuskan calon Perdana Menteri ke-10.

Sumber parti yang dihubungi memaklumkan, blok parti itu mengambil pendirian berkecuali dalam memilih mana-mana calon Perdana Menteri sama ada daripada PN atau PH.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
11 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok