Zahid tersisih, Muhyiddin dijemput rasmi Perhimpunan Agung MIC

April 3, 2021 · Politik

Secara tradisinya Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyampaikan ucapan perasmian dalam setiap Perhimpunan Agung MIC, berbeza kali ini parti komponen BN itu menjemput Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan ucapan khasnya bersempena perhimpunan pada Sabtu.

Jadual Perhimpunan Agung MIC Ke-74.

Langkah ini menimbulkan spekulasi Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tersisih dan seakan tidak dihormati lagi oleh parti rakan komponen sendiri dengan keputusan menjemput Muhyiddin tersebut.

Dalam jadual yang diedarkan kepada media, nama Zahid juga didapati tidak berada dalam senarai jemputan.

Difahamkan, Zahid hanya dijemput untuk menyampaikan ucapan pada sebelah petang selepas ucapan khas Muhyiddin sebelah pagi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan itu yang akan disiarkan kepada perwakilan di Hotel Wyndham Acmar di Klang.

Terdahulu, pada hujung minggu lalu Zahid bertindak mengumumkan keputusan UMNO yang juga parti komponen utama BN memutuskan hubungan dengan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin.

Zahid dikritik hebat sepanjang minggu ini sejak ucapan berapi-apinya di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU), malah secara terbuka berlaku penentangan secara terbuka berhubung hasrat UMNO untuk merebut kembali kerusi Sungai Siput, yang secara tradisinya menjadi milik MIC untuk bertanding disitu.

MIC juga menyatakan tidak senada dengan Zahid berhubung gesaan meminta pemimpin BN keluar dari Kabinet kerajaan PN.

Perhimpunan MIC tahun ini adalah gabungan pertemuan secara langsung dan maya, dengan Bernama menganggarkan 400 perwakilan hadir di dewan dan 400 perwakilan dalam talian semasa konvensyen Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC.

Pemilihan cabang dijangka berlangsung dari 5 April hingga 5 Mei sementara pemilihan bagi presiden parti dijangka diadakan pada Jun.

Pemilihan untuk jawatan tertinggi lain akan diadakan pada tarikh lain.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok