Zahid takut masuk penjara kalau PRU lambat, kata Sanusi

June 11, 2022 · Politik

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini membalas kritikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengatakan Presiden UMNO itu takut dipenjarakan jika lambat diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya Zahid, yang kini berdepan perbicaraan puluhan kes jenayah rasuah, bertegas mahu mengadakan PRU lebih awal daripada sepatutnya kerana takut dipenjarakan.

“Dia takut masuk penjara kalau PRU lambat.

“Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” katanya menurut laporan FMT.

Menteri Besar Kedah itu berkata tuduhan Zahid bahawa PAS tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi adalah silap kerana negara mempunyai perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Malah, katanya Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’, yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.

Untuk rekod, Zahid kini sedang berdepan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut Sanusi berkata, Zahid juga mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti kerana takut hilang jawatan.

“Jawatan ini penting supaya dia dapat sign (tandatangan) watikah calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15. Jika rakyat memilih mereka ini lagi, negara akan hancur atas kepentingan seorang dua pemimpin yang gila kuasa untuk selamatkan diri.

“Calon-calon terpilih untuk bertanding dalam PRU-15 nanti akan dipastikan dapat menjalankan agenda menyelamatkan presiden daripada dipenjara jika membentuk kerajaan baharu…ini saja talian hayat yang dia ada,” katanya.

Sanusi juga meramalkan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) akan menang lebih banyak kerusi jika menentang Pakatan Harapan (PH) dan BN kerana “pengundi sudah serik dengan dua gabungan ini”.

Terdahulu, Zahid menyindir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang Hadi kerana mendakwa hanya mereka yang kemaruk kuasa mahu pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat walaupun rakyat menghadapi pelbagai masalah ekonomi ketika ini.

Hadi bagaimanapun berkata, beliau telah berulang kali menyatakan bahawa perkara lain lebih penting, seperti ancaman pandemik Covid-19.

PRU-15 akan datang perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan September 2023 kerana penggal Parlimen tamat pada 16 Julai tahun depan.

Berita berkaitan
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
8 jam lalu· Rencana
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
8 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu· Isu semasa
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
16 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok