Zahid suruh ‘tekan butang’, PRU diadakan musim tengkujuh juga

September 22, 2022 · Politik

Setelah dikecam hebat kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) bersedia meredah banjir untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 17 September lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperbetulkan semula kenyataannya semalam.

Namun, pada masa sama Pengerusi BN itu berkata PRU-15 perlu diadakan segera jika pembangkang bimbang pilihan raya itu bertepatan dengan banjir akhir tahun.

Zahid yang berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah di dua mahkamah di Kuala Lumpur dan Shah Alam berkata, kebimbangan yang diluahkan oleh pesaing BN hanyalah yang terbaharu dalam pelbagai alasan yang direka untuk menutup ketakutan sebenar mereka ditolak oleh pengundi di peti undi.

Justeru, beliau berkata “kebimbangan” pesaing BN mengenai banjir bukanlah “alasan baharu” sebaliknya usaha untuk menyelamatkan karier politik mereka.

“Sudah tiba masanya untuk mereka ‘walk the talk’ dan ‘hit the button’ supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menetapkan tarikh PRU-15 diadakan,” katanya dalam catatan Facebook semalam.

Namun, jika “butang ditekan” sekarang seperti saranan Zahid, yang akan menyebabkan kerajaan yang ada jatuh dan Parlimen dibubarkan, PRU-15 akan tetap diadakan dalam tempoh dua bulan mulai sekarang iaitu antara November dan Disember.

Ini kerana, menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen dan sidang Dewan Rakyat yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, PRU akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas Parlimen dibubarkan.

Ini jelas menunjukkan bahawa PRU-15 perlu diadakan sama ada pada hujung Oktober, November atau awal Disember, iaitu ketika musim tengkujuh.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Sabtu lalu (17 September), Zahid berkata BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini, sambil menegaskan isyarat yang diberikan ahli parti supaya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan laungan ‘Bubar’ oleh lebih 10,000 pemuda BN yang bergema dalam Stadium Titiwangsa.

Katanya, susulan isyarat yang jelas itu pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.

“Jangan bincang sahaja…kena cepat jangan tunggu lama-lama kerana penghasut sedang bekerja keras…PRU15 tidak boleh ditunggu-tunggu lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa.

Bagaimanapun, dalam catatan semalam, Zahid berkata kenyataannya semasa pelancaran jentera Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu mengenai gabungan itu bersiap siaga mengharungi banjir bagi PRU-15, telah dibawa keluar daripada konteks oleh lawan politik.

Berita berkaitan
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
8 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
10 jam lalu· Politik
Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
18 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
8 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok