Zahid suruh Ismail Sabri hormat keputusan PAU 2022, PAU 2020 bagaimana?

March 1, 2023 · Politik

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang memutuskan dua jawatan utama parti itu tidak dipertandingkan.

Memetik laporan BH, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun parti menghormati pendapat peribadi, tidak bermakna mereka boleh membelakangkan keputusan yang sudah dicapai.

“PAU sudah memutuskan bahawa jawatan presiden dan timbalan tidak ditandingi (jadi) keputusan PAU hendaklah dihormati, walaupun kita hormati pendapat peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Belia Orang Asli Rentas Desa Sejahtera (K-Boards 2.0) 2023, di Bangi, semalam (28 Februari 2023).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana tidak setuju dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan.

Bagaimanapun, sesetengah netizen, dipercayai ahli UMNO mempertikaikan teguran Zahid terhadap Ismail Sabri berhubung keputusan PAU 2022 itu.

Mereka bertanyakan kepada Zahid bagaimana pula keputusan PAU 2020 yang menyatakan ‘No Anwar No DAP’? Adakah tidak dihormati?

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, tindakan UMNO ternyata bertentangan dengan perlembagaan parti dan sekiranya beliau bertanding sebagai Naib Presiden, ia sama seperti mengiktiraf dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

PAU 2022 yang diadakan Januari lalu meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan, walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden.

Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.

Mereka senada menegaskan usul tambahan itu bertentangan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Ahmad Zahid menegaskan usul tambahan itu adalah sah dan tidak boleh dicabar kerana PAU adalah badan tertinggi dalam UMNO.

Pemilihan UMNO dijadual berlangsung 1 Februari lalu hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan akan diadakan pada 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Ia disusuli Mesyuarat Perwakilan, Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara serentak di seluruh negara, pada 18 Mac ini.

RoS patut tangguhkan pemilihan UMNO, kata Naib Presiden

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok