Zahid sudah tak relevan, UMNO perlukan presiden yang bersih

June 25, 2021 · Politik

Pemerhati politik melihat sosok Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur segera daripada jawatan Presiden UMNO bagi memulihkan kembali parti keramat Melayu itu, di sebalik kemelut perpecahan dalaman yang melanda ketika ini.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, UMNO memerlukan seorang presiden baharu yang lebih jelas hala tuju kepimpinannya, bagi memacu parti dan mengatasi perpecahan yang berlaku.

Menyifatkan Zahid sebagai sudah tidak relevan, Salawati menegaskan penganti Zahid nanti mestilah seorang yang bersih dan bukan daripada ‘kluster mahkamah’.

“Mereka ini sudah tidak mahu Zahid lagi memimpin. Jadi sekarang mereka hendak lihat UMNO boleh bekerja, boleh dipercayai, kerana sekarang mereka rasakan ada skandal di belakang.

“Jadi kenapa tak ambil pemimpin yang jelas boleh bawa UMNO kehadapan? Saya lihat mereka ini sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku dalam parti. Jadi eloklah Zahid berundur dia pun sudah tidak relevan,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau diminta mengulas situasi dalaman UMNO ketika ini di mana beberapa pemimpin senior sudah mencium tingkah laku Zahid kebelakangan ini yang lebih condong kepada blok pembangkang, khususnya ‘cikgu’ beliau Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah salah seorang pemimpin senior UMNO yang masih menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 lagi, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa majoriti daripada 42 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.

Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata desakan itu juga bertitik tolak daripada tindakan Zahid yang dilihat ‘ada sesuatu yang disembunyikan’ bagi memenuhi keperluan politiknya.

“Mereka rasa ada permainan di belakang, jadi kalau Zahid melakukan tindakan seperti memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kena berundurlah… sudah sampai masanya… dia ada kes (mahkamah) lagi,” katanya sambil menjelaskan jika Zahid segera berundur, UMNO akan dapat disusun dalam keadaan yang lebih baik.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, Zahid kini berada di posisi yang lemah kerana UMNO kini tidak memiliki kuasa.

“Jelas kepimpinan presiden itu tidak kuat seperti dahulu sehingga tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi kini, tidak seperti dahulu ketika jadi pemerintah.

“Presiden sudah tiada kuasa penawaran untuk meredakan krisis dalaman, kalau dulu lain sebab ada kuasa,” katanya.

Sementara mengulas ‘kehilangan’ Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ini, Mujibu berkata Mohamad sudah melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan bagi mengatasi krisis itu.

“Kita lihat Tok Mat ada kritikan dan input yang jelas, beliau sudah melihat apa yang perlu disuarakan beliau ambil tindakan kukuh parti dan tak mahu timbulkan kontroversi baharu,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok