Zahid sindir siapa tak kenang budi?

November 17, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyindir seorang calon gabungan itu ketika berucap pada program Jom Santai ‘Cukuplah Sekali’ yang berlangsung kelmarin di Bagan Datuk.

Dalam ucapannya beliau memuji bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang dipecat sebelum ini sambil menjanjikan jawatan sebagai senator di Dewan Negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Menurut Zahid, meskipun tidak dicalonkan, Lokman masih setia membantu calon BN berkempen tidak seperti seorang calon yang diberikan tempat namun tidak tahu mengenang budi.

“Tetamu istimewa yang sanggup untuk tidak bertanding tapi berazam untuk membantu calon-calon BN di seluruh negara. Orang itu ialah Datuk Lokman Noor Adam.

“Di depan penyokong-penyokong beliau walaupun beliau tidak bertanding sebagai ahli Parlimen, insya-ALLAH beliau akan jadi ahli Parlimen juga dalam masa terdekat ini. Maknanya beliau akan jadi senator atau ahli Dewan Negara.

“Insya-ALLAH, jika beliau pergi kawasan beliau kempen itu dan kawasan itu menang, jawatan sedang menanti beliau.

“Pemimpin seperti beliaulah, pernah buat silap kita maafkan. Sekarang sedang menebus kesilapan itu yang lebih baik daripada orang yang diberi tempat tetapi tidak tahu mengenang budi. Saya tidak menyebut mana-mana, yang masih hidup atau masih mati,” katanya.

Meskipun tidak mendedahkan siapa calon tersebut, namun kebelakangan ini seorang calon BN kelihatan ‘menyerangnya’ dengan menyebut soal pembersihan UMNO dan cadangan agar Datuk Seri Ismail Sabri wajar menjadi Presiden parti.

Dalam pada itu, Pada 2020, Lokman menjadi tumpuan selepas mendedahkan rakaman audio Ahmad Zahid yang mencadangkan UMNO menyertai kerjasama Pakatan Nasional bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudiannya mendesak Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sebelum akhirnya dipecat parti susulan didakwa mencipta persepsi penyalahgunaan kuasa terhadap Zahid dan melaga-lagakan kepimpinan tertinggi UMNO dengan Datuk Seri Najib Razak.

Namun Lokman diterima semula menyertai UMNO tahun lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok