Zahid sindir Hadi tolak PRU-15 awal, dakwa PAS takut kalah

June 11, 2022 · Politik

Susulan pendirian PAS menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diawalkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak menyindir Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Zahid mendakwa Hadi sebenarnya takut PAS takut kehilangan kerusi mereka sekiranya PRU-15 disegerakan, ia susulan kritikan terhadap parti yang mendesak sebagai tamak kuasa semalam.

“Mungkin kalau pilihan raya (diadakan) cepat, beliau khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid dan beberapa pemimpin Kluster Mahkamah lain yang sedang berdepan perbicaraan berterusan memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan PRU-15 segera.

Bagaimanapun, Hadi semalam menegaskan parti itu menolak gesaan agar PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat bukan disebabkan bimbang tewas, sebaliknya bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

“Golongan yang sering mendesak Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub bubarkan Parlimen adalah tamak dan gila kuasa kerana mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan masalah sedang dihadapi rakyat.

“PAS terbabit pada beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) disebabkan terpaksa dan bukan kerana menyokong helah parti-parti tertentu untuk berkuasa,” kata Abdul Hadi.

Katanya lagi, PAS sudah biasa kehilangan kuasa dan gagal memenangi kerusi pada beberapa siri pilihan raya lalu, sekali gus bersedia menerima hakikat jika tewas pada PRU-15.

Ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang menolak strategi khemah besar membabitkan pembangkang lain seperti dicadangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid berkata keutamaan adalah kepada khemah Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak mengkategorikan sama ada khemah itu besar atau sederhana.

“Yang penting khemah BN, sedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada secara kesefahaman ataupun pasca pilihan raya iaitu selepas PRU-15,” katanya.

Berita berkaitan
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
9 jam lalu· Politik
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu· Isu semasa
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
10 jam lalu· Politik
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
11 jam lalu· Politik
Popular
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
11 jam lalu · Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
11 jam lalu · Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
12 jam lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
13 jam lalu · Politik
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok