Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful

July 4, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sepatutnya berundur dan perlu mencermin dirinya yang selama ini menjadi perosak kestabilan negara, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful membidas Presiden UMNO itu yang sedang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah supaya sedar diri kerana punca negara tidak stabil adalah disebabkan sikap mementingkan diri dan rakus untuk berkuasa.

“Ada sesiapa boleh bagitahu apa jasa Zahid kepada negara? Ada sesiapa boleh ingat apa legasi Zahid? Zahid ini faedahnya apa?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful juga mempersoalkan jasa Zahid selain hanya tahu mahu menjatuhkan kerajaan dengan membangkitkan krisis politik sebelum ini apabila menjadi dalang serta pencatur utama untuk memaksa mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur pada ketika rakyat sedang berdepan kesulitan.

“Semasa Muhyiddin bergelumang menyelesaikan masalah rakyat, ada sesiapa ingat apa yang Zahid buat untuk faedah rakyat?

“Jadi, apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini? Yang paling jelas, Zahid lah dalang disebalik ketidakstabilan politik negara.

“Zahid dalang di sebalik 15 orang Ahli Parlimen (MP) UMNO mengkhianati kerajaan sendiri,” katanya lagi.

Selain itu, tekanan yang sedang dihadapi kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini juga didakwa Wan Saiful berpunca daripada Zahid yang hanya tahu mendesak pilihan raya umum (PRU) diumumkan tetapi tidak berani mengadakan pemilihan parti sendiri.

“Zahid dalang di sebalik tekanan kepada Ismail Sabri hari ini. Zahid dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri.

“Zahid dalang yang akan terus berkomplot kerana terlalu desperate mahu menjadi Perdana Menteri,” ujarnya lagi.

Untuk rekod semasa krisis tahun lalu, Zahid bersama 15 MP menarik sokongan sehingga terjatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO diangkat menjadi PM baharu.

Menurutnya lagi, Zahid tidak layak untuk bercakap mengenai soal membela rakyat walhal diri sendiri terpalit dengan jenayah menyeleweng duit rakyat, ia terbukti dengan pendakwaan yang sedang dihadapi di mahkamah ketika ini.

“Sewaktu Muhyiddin bertungkus lumus membela nasib rakyat,Zahid berpeluh di mahkamah. Bukan untuk negara, tetapi sebab dituduh perlakuan jenayah seleweng duit.

“Semasa Muhyiddin bergelumang menyelesaikan masalah rakyat, ada sesiapa ingat apa yangZahid buat untuk faedah rakyat? Jadi, apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?” ujarnya lagi.

Justeru, Wan Saiful menambah, Presiden UMNO itu juga adalah dalang yang jelas disebalik ketidakstabilan politik negara.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok