Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti

July 4, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mendedahkan bukti video di mahkamah bagi mengesahkan dakwaannya diugut supaya membubarkan UMNO sebelum ini.

Presiden UMNO mengulangi dakwaan pernah diugut dan didesak membubarkan parti tersebut ketika sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah, malah mendakwa memiliki rakaman video sebagai membuktikan dirinya pernah ditekan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya diugut untuk lompat, bubarkan UMNO semua orang tahu, dia kata mana ada bukti sedangkan dia bukan sahaja pernah berkata di media malah saya ada videonya nanti di mahkamah akan dikeluarkan,” katanya dipetik laporan UMNO Online.

Zahid berucap semasa Bengkel Pemantapan Jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Wangsa Maju semalam.

Jelasnya lagi, keengganan menuruti ugutan dan tunduk kepada tuntutan dibuat menyebabkan beliau terpaksa membayar harga yang mahal sehingga diheret ke mahkamah.

“Ditakdirkan jika ikut ketika itu atau setuju untuk bubarkan UMNO, saya tidak akan menghadapi satu pun pertuduhan tapi hanya kerana menjaga maruah dan kepentingan UMNO saya terpaksa membayar harga yang mahal.

“Apa yang saya hadapi bukan kerana saya buat salah tetapi demi pertahankan parti,” katanya lagi.

Zahid sebelum ini semasa prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan mendakwa bekas Perdana Menteri semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) memintanya membubarkan UMNO kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Dalam prosiding itu juga, Zahid pertemuannya bersama Dr Mahathir itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan turut meminta semua ahli UMNO menyertai Bersatu.

Susulan itu, Dr Mahathir mencabar Zahid mengemukakan bukti berhubung dakwaan meminta UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Zahid sering mengeluarkan berbagai dakwaan tetapi tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan sebarang dakwaan yang dibuatnya.

Ketika ini, Zahid sedang berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Selain itu, Zahid turut dibicarakan melibatkan pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) semasa menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
15 jam lalu· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
15 jam lalu· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
16 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Hanya untuk parti meterai perjanjian dengan PH saja, Rafizi beritahu Muda
February 9, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
15 jam lalu · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok