Zahid sahkan Khairy sebenarnya tak diberi tempat bertanding PRU-15

November 11, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini (Jumaat, 11 November 2022) mengesahkan nama Khairy Jamaluddin, memang tiada dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan BH, Zahid berkata Menteri Kesihatan itu sepatutnya tiada tempat pada PRU-15 ini kerana Khairy adalah ahli UMNO dalam Bahagian Rembau dan kini Ketua UMNO bahagian itu ialah Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Beliau patut berterima kasih pada saya sebab beri peluang bertanding di Sungai Buloh,” kata Zahid berhubung calon BN Parlimen Sungai Buloh itu.

Menurut Zahid Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan adalah calon yang lebih layak untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

“Saya beri juga beliau (Khairy) bertanding di Sungai Buloh walaupun bukan tempat beliau. Maka beliau perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi Sungai Buluh dan menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata Parlimen Sungai Buloh bukan tempat selamat sebagaimana didakwa Mohamad, sebaliknya kawasan bahaya yang mana semua pemimpin UMNO enggan bertanding di situ.

Zahid kemudian membalas kenyataan itu dengan mengatakan Khairy sendiri yang meminta untuk diletakkan di Parlimen Sungai Buloh.

Sehari kemudian Khairy pula berkata disebabkan pemimpin tertinggi UMNO berdiam diri mengenai kawasan untuknya bertanding, beliau terpaksa meminta sendiri kerusi Sungai Buloh itu daripada Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai hasrat Khairy untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, Zahid berkata ianya bergantung kepada diri Khairy sendiri.

“Pertamanya, beliau mesti menguatkan parti, bukan melemahkan parti. Beliau mesti memang di Sungai Buloh. Beliau juga mesti diterima parti dan tidak menyanggah parti

“Kita boleh berbeza pendapat. Tapi kalau tunjuk diri terbaik, terpandai, paling bijaksana. Itu ertinya perasan,” kata Zahid lagi ketika ditemui semasa program bersama komuniti Cina di Bagan Datuk, hari ini.

Terdahulu, Khairy mendakwa Zahid mungkin tidak berpuas hati terhadapnya kerana mempertikaikan keputusan Pengerusi BN berhubung pencalonannya bagi PRU-15 ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
December 6, 2022
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok