Zahid pernah tawar jawatan Presiden UMNO kepada saya, kata Muhyiddin

February 24, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mendedahkan pernah ditawarkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menjadi Presiden UMNO setelah beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, beliau berkata jika pendedahan itu ditanya semula kepada Zahid, Presiden UMNO itu akan menafikan dan berkata beliau berbohong.

“Ada hari tu dia datang jumpa saya minta balik semula pada UMNO.

“Saya nak serahkan Presiden UMNO pada Tan Sri,” jelas Muhyiddin sambil memetik kata-kata Zahid kepadanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata Zahid memberitahu demikian ketika bertemunya di Seri Perdana.

“Tapi kalau tanya Zahid, dia kata bohong. Dia cakap dengan saya. Masya-Allah. Saya ingat tempat di mana Seri Perdana… datang kat corner jumpa dia.

“Kata Zahid: Ini keputusan kita nak minta Tan Sri balik semula pada UMNO. Dan kita nak serahkan Tan Sri jadi Presiden UMNO.

“Dia cakap dengan saya. Saya kata janganlah membuang masa. Saya tak ada sebut pun.. nantilah saya fikir-fikir. Tak ada fikir-fikir, saya tolak,” katanya pada Pentas PN DUN Bukit Kepong, di Tangkak, malam tadi.

Muhyiddin berkata beliau menolak pelawaan itu disebabkan telah menubuhkan Bersatu yang diyakini apabila bersama PAS akan menjadi satu perjuangan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Sehubungan itu, ahli-ahli UMNO juga perlu meninggalkan zaman lampau dan berhijrah atau sekurang-kurangnya mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

“Walaupun masih ahli UMNO… tak salah undi PN… lagipun bila masuk tempat mengundi siapa yang tahu kan? Allah saja yang tahu. Dan dia tahu walaupun dia UMNO tapi dia pilih yang baik dan yang terbaik ialah Perikatan Nasional,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata beliau mempunyai bukti bahawa Zahid pernah membawa timbunan fail untuk meminta bantuan menyelesaikan kes mahkamah dihadapinya.

Pada ketika itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut, kata Muhyiddin.

“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.

“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, Zahid menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
2 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
13 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok