Perbicaraan Zahid: Peguam berhujah pertuduhan ‘penindasan berlebihan’

September 6, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam kes perbicaraannya hari ini di Mahkamah Tinggi yang melibatkan 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, ia selepas ditangguhkan sebelum ini kerana masalah kesihatan dialaminya.

Zahid dilihat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.20 pagi tadi dan terus memasuki kompleks mahkamah.

Prosiding yang berlangsung pada Isnin turut berhenti rehat beberapa kali, difahamkan bagi memberi rehat kepada Ahmad Zahid yang masih dalam proses pemulihan rawatan tulang belakang.

Dalam perbicaraan hari ini, peguambela mewakili Zahid, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah semua pertuduhan yang dihadapi anak guamnnya itu sebagai satu bentuk ‘penindasan berlebihan’.

Hisyam Teh juga mendakwa pendakwa raya menunjukkan ketidakadilan dengan memilih untuk mendakwa Zahid dengan jumlah pertuduhan sebegitu banyak.

Perkara itu dimaklumkan pada hujahan akhir perbicaraan membabitkan Zahid, 68, yang berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Tegas Hisyam Teh, undang-undang tidak membenarkan perkara itu berlaku malah beliau berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak perlu untuk diadili sekiranya berpandukan kepada tuduhan rasuah dan Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Dalam hujahannya di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, Hisyam memberitahu pendakwa raya juga melakukan ketidak adilan prosedur dan melanggar Seksyen 51A (1) ( c ) Kanun Tatacara Jenayah.

Menurutnya, pihak pendakwaan sebenarnya boleh menjumpai banyak bukti yang memihak kepada tertuduh, contohnya:

– Bahawa maklumat yang didedahkan oleh tertuduh memberikan kekebalan kepada tertuduh dari pendakwaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah sub-seksyen 30 (7) Akta SPRM.

– Bahawa 31 cek berkenaan dengan caj (pengubahan wang haram) adalah dicop dan tidak ditandatangani secara peribadi oleh tertuduh.

– Bahawa penderma yang telah memberikan sumbangan telah mengatakan bahawa sumbangan yang mereka berikan semuanya dimaksudkan untuk tujuan amal atau keagamaan.

– Bahawa saksi atas tuduhan rasuah telah disahkan bahawa tidak ada unsur rasuah.

Menurut Hisyam lagi, pendakwa raya kini cuba menafikan tertuduh untuk mempertahankan imunitinya di bawah Seksyen 30 (7) Akta SPRM.

Justeru, pasukan pembelaan berpendapat pertuduhan mesti digugurkan kerana terdapat penyalahgunaan proses akibat terlalu banyak pendakwaan dan juga kerana ketidakadilan yang berlaku.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dengan pasukan pembelaan diketuai Hisyam.

Perbicaraan bersambung esok.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok