Zahid paksa PM lihat desakan BN supaya PRU-15 diadakan segera

June 1, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat sendiri bagaimana pemimpin BN mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera tahun ini juga.

Kejadian itu berlaku pada Konvensyen Tahunan Ke-48 BN di Pusat Dagangan Dunia, hari ini, ketika Zahid menyampaikan ucapannya, selepas Perdana Menteri berbuat demikian sambil menegaskan beliau tidak akan menangguhkan walau sesaat pun PRU-15.

“Saya nak tanya dengan para perwakilan… siapa mahu pilihan raya tahun hadapan. Siapa mahu pilihan raya tahun ini?

“Siapa mahu pilihan raya dalam waktu terdekat.

“Kalau kita mahu pilihan raya pada tahun ini dan waktu terdekat… saya nak lihat berapa yang bangun dan menyokong saranan ini,” katanya yang kemudian disambut tindakan berdiri oleh peserta konvensyen yang hadir.

Kenyataan itu menyusul tatkala Perdana Menteri dalam wawancara dengan akhbar Jepun, Nikkei Asia yang diterbitkan semalam, telah membayangkan bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa mengadakan PRU-15 lebih awal.

Ismail Sabri berkata kenaikan kos dalam perbelanjaan makanan dan sara hidup lain adalah antara sebab untuk menolak PRU diadakan lebih awal.

PRU sepatutnya perlu dipanggil menjelang September tahun depan.

“Kita perlu menunggu masa yang sesuai (untuk mengadakan PRU). Kita sedang menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga yang tinggi… adakah anda rasa ini masa yang sesuai?,” katanya kepada akhbar kewangan Jepun, yang terbesar di dunia dengan edaran harian melebihi tiga juta.

Terdahulu, Ismail Sabri yang berucap pada konvensyen sama memberi bayangan PRU-15 akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

Menurutnya beliau akan membincangkan tarikh PRU15 bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi memutuskan tarikh sebenar.

“Kalau BN sudah bersiap sedia saya tak akan melewatkan sesaat pun PRU-15 seperti dipersetujui sebelum ini dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, PRU-15 akan dibincangkan bersama lima pimpinan tertinggi.

“Jadi, saya setuju untuk berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh,” katanya.

April lalu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen bagi mengadakan PRU15.

“Saya juga, antara lain, mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Presiden UMNO bagaimanapun menurunkan sedikit nada desakan terhadap Perdana Menteri dengan memaklumkan bahawa beliau dan ‘top 5’ akan berbincang mengenai pilihan raya berkenaan.

“Tuan-tuan dan puan-puan biarlah saya dan PM berbincang bagi menentukan waktu yang terbaik untuk kita menghadapi PRU-15. PM dah sebut beliau akan bincang dengan top five… beliau akan bincang dengan ahli-ahli dewan tertinggi BN.

“PM… kami telah bersiap sedia dan mahukan PRU-15 diadakan segera. PM carilah dana pilihan raya,” katanya.

‘Top five’ UMNO terdiri daripada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden dengan Ismail Sabri adalah salah seorang daripadanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok