Zahid, Najib boleh desak disegerakan PRU, kenapa tidak pemilihan UMNO?

March 31, 2021 · Politik

Jika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak boleh mendesak supaya diadakan segera pilihan raya umum (PRU) mengapa kedua-dua mereka ini takut pula sekiranya pemilihan UMNO diadakan juga tahun ini?

Kedua-dua proses ini sama pentingnya, jika Zahid dan Najib berhujah untuk memastikan kerajaan baharu mendapat mandat penuh dari rakyat maka UMNO juga perlu mengikut langkah sama untuk memastikan pimpinan parti mendapat mandat penuh daripada akar umbi.

Jangan bersikap acuh tidak acuh, jika mereka berdua memberikan alasan bahawa pilihan raya umum itu penting seharusnya juga pemilihan parti yang sepatutnya dijadualkan berlangsung Jun ini juga diadakan.

Tidak perlu lah memberikan alasan dangkal atau pun semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri semata-mata.

Gesaan untuk mengadakan pilihan raya umum adalah langkah yang tergesa-gesa dan hanya akan merencatkan pelan pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Lebih menghairankan, Ahmad Zahid dan Najib ini seakan senada dengan blok pembangkang.

Adakah Ahmad Zahid terlupa bahawa partinya itu sebahagian dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), bukankah terdapat menteri dan timbalan menteri yang dilantik dikalangan Ahli Parlimen UMNO?

Hari ini bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melaungkan menggesa agar segera dilaksanakan pemilihan UMNO tahun ini.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas PRU,” kata Khairy.

Tapi cabaran Khairy ini dibalas pula Ketua Pemuda UMNO baharu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dengan meletak syarat Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang mendesak supaya pemilihan parti disegerakan perlu meletak jawatan terlebih dahulu.

Asraf, budak Najib ini memberikan alasan yang paling kurang cerdik pernah dilontarkan, sejak bila pula pemilihan UMNO sebelum ini meletak syarat sedemikian.

Jangan lah meletak syarat untuk sedap diri, jangan lah menjadikan alasan adil dan tidak adil walhal Najib sebelum ini bertanding jawatan Presiden tidak pula beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Cukup-cukup lah hendak membela Najib yang terpalit berdozen kes di mahkamah Asraf, sampai bila nak jadi tukang membawa beg Najib wahai si Asraf. Sudah-sudah lah, balik lah ke pangkal jalan.

Sekarang bola di gelanggang Zahid, adakah beliau berani mengumumkan tarikh pemilihan UMNO dengan kadar segera agar akar umbi tidak perlu ternanti-nanti menunggu pemilihan parti diadakan?

Kini, khabar angin dibawah semakin bertiup kencang kononnya pemilihan parti bakal ditangguhkan, apakah sebenarnya sandiwara Zahid dalam melengah-lengahkan pemilihan parti?

Dalam keadaan mendesak buat masa ini, pastinya Zahid kini sedang mencongak untung rugi dan nasib karier politiknya, oleh sedemikian lebih cepat naratif UMNO bekerjasama dengan blok pembangkang (PH) kalau boleh disegerakan dan bukannya mendahulukan pemilihan parti.

Sekiranya pemilihan parti diadakan, kekangan sumber dan pengaruh dikalangan akar umbi yang semakin merosot sama sekali tidak akan menyebelahinya.

Bukan orang tidak tahu, orang-orang kuatnya yang dahulu setia bersumpah darah dengan Zahid juga sudah berpindah kem, malah ada yang sudah merajuk menjauhi diri daripada Presiden UMNO tersebut.

Pilihan di tangan Zahid kini hanya berpaut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas bosnya sebelum membelot ketika era reformasi sekitar 1998-1999.

Lebih malang lagi, UMNO kini terpaksa menjadi pengemis seolah meminta simpati kepada Anwar yang dahulunya mereka tentang habis-habisan dan lebih memalukan lagi apabila Zahid selaku nakhoda sanggup mengadaikan maruah UMNO demi masa depan politiknya.

Jika mahu tunjukkan keberanian sebenar, Zahid sepatutnya menyahut cabaran dengan mengumumkan tarikh pemilihan parti dan bukannya mengikuti bontot blok pembangkang yang dipimpin Anwar semata-mata mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok