Zahid mungkiri janji untuk calonkan Tok Mat sebagai menteri PN

May 1, 2021 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memungkiri janji untuk menjadikan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai senator bagi membolehkan Mohamad dilantik sebagai menteri sekali gus menyertai Kabinet Perikatan Nasional (PN).

Sumber mendedahkan kepada Agenda Daily bahawa perkara itu diketahui sendiri oleh Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Mat’ sendiri selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tok Mat Hassan jumpa Tan Sri Muhyiddin sebelum ini. Dia tanya bila nak lantik jadi senator? Sebab presiden dah janji. Tan Sri Muhyiddin kata presiden tak cadang nama kau pun? Kita dah lama kenal takkan nak bohong kau? Tan Sri kata gitu,” kata sumber tersebut kepada Agenda Daily.

Kata sumber itu lagi, ketika Tok Mat bertanyakan perihal nama seorang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sama ada nama pemimpin senior itu turut disenaraikan sebagai menteri, nasib sama dialami Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Tajuddin pun sama, dia kata banyak pengalaman, bila puji kembang la hidung Tajudin kan? Berdasarkan senior lah apa…Sekali cek (semak) nama, pun tak ada,” kata sumber itu.

Katanya, nama bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, serta nama Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut tiada dalam senarai yang dihantar untuk dilantik sebagai menteri.

“KJ pun presiden sendiri tak cadang. Hisham pun Zahid tak cadang,” kata sumber itu lagi.

Meskipun tiada dalam senarai, Khairy dan Hishammuddin dilantik sebagai menteri dalam Kabinet PN. Di mana Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Luar, sementara Khairy dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber itu berkata, Zahid hanya menyenaraikan nama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad. Bagaimanapun sumber tidak mendedahkan nama calon yang turut dihantar kepada Muhyiddin sebelum pembentukan Kabinet PN.

Rentetan itu katanya, hubungan Tok Mat kini agak dingin dengan Zahid.

“Silap Mat Hassan juga sebab masa Zahid bercuti, dia tak pandai guna masa presiden itu tak ada. Sekarang Tok Mat Hassan dengan Zahid memang dingin, sebab tahu kena tipu,” katanya.

Dalam pada itu, sumber berkenaan berkata, selain menyerahkan senarai nama, Zahid ketika mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin turut membuat beberapa tuntutan.

“Masa jumpa Tan Sri (Muhyiddin) pun, Zahid minta empat tuntutan, antaranya jawatan timbalan perdana menteri, gugurkan menteri yang tiada dalam senarai Majlis Tertinggi (MT) termasuk senator, Ahli Parlimen Tenggara yang kini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham baba,” katanya.

Turut diminta digugurkan ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi yang kini Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ahli Parlimen Maran yang kini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

“Zahid memberi alasan hendak memperkasakan MT,” katanya yang menjelaskan bahawa itu antara syarat yang diberikan oleh Zahid bagi menyertai PN.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok