Zahid minta PRU-15, PM kata bimbang skandal LCS jadi macam 1MDB

August 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang skandal kapal tempur pesisir (LCS) akan menjadi seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Terdahulu awal hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang namanya dikaitkan dalam skandal LCS meneruskan desakan lagi agar PRU-15 disegerakan kerana parti itu dilihat berpeluang cerah untuk menang besar kerana pembangkang sedang berpecah ketika ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata pembubaran Parlimen tidak boleh dibuat sesuka hati dan secara tergesa-gesa tanpa kajian yang teliti kerana jika tersilap langkah ia akan boleh dianggap sebagai “membunuh diri”.

“Tarikh PRU-15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita UMNO.

“Jika kita adakan PRU-15 tanpa mengambil kira sama ada BN boleh menang tiada gunanya. Bagi saya jika nak adakan PRU-15 kita wajib menang jangan jadi macam PRU-14 kita kata menang tapi akhirnya kalah teruk,” katanya dipetik laporan Sinar Harian semasa merasmikan berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Bera 2022 hari ini.

Ismail Sabri berkata UMNO perlu memastikan kemenangan menjadi milik mereka dan tidak boleh menjadi pembangkang semula.

“Kalau nak sedap kita kena jadi Perdana Menteri, kalau saya jadi Ketua Pembangkang semula tidak sedap,” katanya lagi.

Dalam ucapannya lagi, Ismail Sabri juga menyentuh berhubung skandal LCS yang hangat diperkatakan selepas pelbagai kepincangan didedahkan dalam perolehan bernilai RM9.1 bilion tersebut tetapi tidak ada satu kapal berjaya disiapkan.

“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU-15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1MDB dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, nama Zahid sekali lagi terpalit dalam satu skandal selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan campur tangan bekas Menteri Pertahanan itu dalam meluluskan projek kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2011.

Dalam dokumen yang dinyahklasifikasi, PAC mendedahkan Zahid menukar reka bentuk LCS daripada Sigma kepada Gowind pada 2011, bertentangan dengan pendirian TLDM.

Perkara ini dibuktikan menerusi surat niat (LOI) yang ditandatangani Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor bertarikh 8 Julai 2010 kepada Zahid yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.

Zahid merujuk surat itu kepada bahagian perolehan Kementerian Pertahanan menerusi tulisan tangan di bahagian atas dengan menyatakan ‘sub perolehan sila laksanakan’.

Dalam perkembangan lain, rakan baik Zahid, Datuk Seri Najib Razak juga kini sedang berdepan perbicaraan akhir melibatkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan jika didapati kekal bersalah akan terus diheret ke penjara.

Kedua-dua Zahid dan Najib kini sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah melibatkan rasuah dan salah laku yang dilakukan semasa memegang kuasa sebelum ini.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu· Politik
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok