Zahid masuk jerat Anwar, PKR masih belum nafi

April 7, 2021 · Politik

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdiam diri berhubung klip audio perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial awal pagi hari ini.

Samaada laman sosial PKR atau Anwar sendiri, masih belum ada sebarang kenyataan mahu pun penafian yang diberikan berhubung klip audio berkenaan.

Tindakan Anwar dan PKR berdiam diri menimbulkan tanya di kalangan ahli parti itu dan UMNO.

Berbeza dengan Zahid, beliau sudah mengeluarkan kenyataan penafian mengenai klip audio berdurasi lebih empat minit itu yang mula tular sejak malam tadi.

Presiden UMNO itu dalam kenyataannya berkata telah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis untuk mencari dalang penyebaran klip audio tersebut.

Menafikan sekeras-kerasnya ada perbualan beliau dengan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini, Zahid mendakwa penyebaran klip video itu bertujuan menghancurkan UMNO.

“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU),” katanya.

Agenda Daily hari ini mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU baru-baru ini.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Tular klip audio Anwar, Zahid bincang strategi semasa PAU

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
14 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok