Zahid kuku besi kata Ketua UMNO Alor Setar

January 28, 2023 · Politik

UMNO Alor Setar menyifatkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengamalkan kepimpinan kuku besi dalam menjatuhkan hukuman ke atas ahlinya.

Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata beliau sendiri tidak faham kemahuan Zahid apabila pemimpin yang bernilai ditolak keluar dari parti.

“Apa yang saya nampak, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersifat kuku besi, sebab orang yang bernilai dalam Umno dikeluarkan demi untuk selamatkan peribadi beliau.

“Umno sekarang dalam keadaan amat tenat, sepatutnya perkara ini dibincangkan supaya jadi elok sebab kita nampak Khairy Jamaludin dan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan mempunyai aura tersendiri untuk menarik pengundi muda.

“Keputusan ini amat menyedihkan, kita tak tahu apa yang Presiden Umno nak sebenarnya. Saya sebagai orang yang digantung sebelum ini pun lihat sistem menggantungkan keahlian seseorang itu amat zalim,” katanya lapor Harian Metro.

Malam tadi, UMNO mengumumkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Omar serta  puluhan ahli lain selain menggantung keahlian selama enam tahun terhadap empat pimpinan termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Susulan keputusan UMNO itu, Mohd Yusof menjangkakan Perikatan Nasional (PN) bakal meneruskan penguasaan terhadap enam negeri yang bakal menjalankan PRN tidak lama lagi.

“Dalam PRN nanti, kita sudah nampak PN akan menguasai tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak mustahil dengan keadaan UMNO sekarang, Negeri Sembilan dan Selangor juga akan jatuh kepada PN,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO tidak adil dalam membuat keputusan memecat ahlinya sebelum dipanggil memberi penjelasan.

“Setiap salah laku ahli UMNO perlu dirujuk kepada lembaga disiplin dan perlu ada pengadu sebelum lembaga berkenaan bersidang.

“Contohnya bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar beliau sepatutnya dipanggil lembaga disiplin pada Isnin ini tapi semalam beliau dipecat. Ini tidak adil untuk beliau.

“Selain itu, apa kesalahan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin sehingga beliau digantung keahlian selama enam tahun? Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang merosakkan parti,” ujarnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok