Zahid kata rakyat Malaysia kini faham antara benar dan batil

November 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, melibatkan jutaan ringgit mengakui bahawa rakyat Malaysia kini memahami antara kebenaran dan kebatilan, selain mampu membuat penilaian mengenai cerita-cerita bohong.

Seperti juga rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO itu mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) telah dizalimi oleh kerajaan terdahulu, termasuk mengenakan tuduhan di mahkamah.

Dan, kebenaran yang disebut Zahid itu terbukti apabila sembilan hakim mahkamah di Malaysia – seorang hakim Mahkamah Tinggi; Mahkamah Rayuan (tiga) dan Mahkamah Persekutuan (lima) – telah mendapati Najib bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

“Hari ini rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan mudah memahami antara kebenaran dan kebatilan. Tidak sukar mereka `membaca’ pembohongan itu,” kata Zahid dalam kenyatan di Facebook beliau, hari ini (3 November 2022).

Zahid yang digolongkan dalam ‘Kluster Mahkamah’ bersama beberapa pemimpin lain UMNO, juga memilih dirinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Bagaimanapun, tidak seperti Zahid, veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad, yang juga ‘Kluster Mahkamah’ tidak mahu bertanding dalam PRU kali ini dengan memberi alasan “mahu membersihkan dahulu namanya di mahkamah.”

“Adalah tidak adil untuk saya membiarkan pengundi Johor Bahru ‘membersihkan’ nama saya,” kata Shahrir dalam satu kenyataan setelah ramai yang bertanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya 19 November ini.

Shahrir mungkin takut sekiranya beliau bertanding dan BN pula menang besar dalam PRU kali ini, maka kerajaan BN akan mendesak supaya kes terhadapnya itu digugurkan.

Pada masa sama, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu media bahawa semua calon BN bagi PRU-15 ini perlu menjalani tapisan, termasuk dengan jabatan agama, sebelum dibenarkan bertanding.

“Kita akan menyemak dengan polis, Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Insolvensi,” katanya.

Namun, UMNO tidak menyatakan untuk apa semakan dibuat di dengan pihak berkuasa itu, sedangkan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil langkah sama, menyatakan individu yang mempunyai ‘kes’, termasuk kes mahkamah tidak akan dipilih menjadi calon PRU-15.

Mungkin inilah kebenaran dan kebatilan yang Zahid kata telah difahami oleh rakyat Malaysia sekarang ini.

Dalam kenyataan hari ini juga Zahid berkata:

“Semasa BN berusaha mengajak rakyat untuk bersama memulihkan negara pada PRU15, lawan BN tidak habis-habis menabur fitnah dan tipu daya sebagai bahan ‘kempen’.

“BN berusaha menyatakan kebenaran, mereka pula gigih menyebarkan ‘surat aku janji’ palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon UMNO.”

Pengerusi BN itu merujuk kepada ‘akuan akujanji’ baharu yang tular di media sosial di mana dalam surat itu antara lain menghendaki semua calon UMNO yang bertanding supaya setia dan patuh kepada arahan Zahid.

Kandungan utama surat tersebut adalah meminta semua calon UMNO dan BN menyokong Zahid sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Surat yang tular itu dikatakan ditandatangani oleh calon UMNO bagi Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, dan beliau semalam telah menafikannya.

Bagaimanapun, untuk mencari kebenaran sebagaimana yang disebut Zahid, Shamsul Anuar sepatutnya turut membuat laporan kepada polis berhubung surat yang mengaitkan namanya, supaya satu siasatan dapat dijalankan.

Tetapi sehingga kini, laporan polis tidak pula dibuat. Kebenaran atau kebatilan tidak dapat dibuktikan sekiranya pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan kerana rakyat lebih percaya kepada undang-undang daripada hanya sekadar membuat penafian.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
52 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok