Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU

October 6, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang memberikan pelbagai alasan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak patut diadakan tahun ini, termasuk mendakwa tidak menghormati sambutan Deepavali.

Dalam kenyataannya semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang pada awalnya memberi alasan bahawa wabak Covid-19 masih ada, tatkala imuniti kelompok telah dicapai dan aktiviti sosial serta ekonomi telah dibenar beroperasi.

Menurut Presiden UMNO itu pembangkang kemudian memberi pula alasan menjalin memorandum persefahaman dengan kerajaan.

“Muslihat sebenar lawan BN enggan berdepan PRU-15 kerana tahu mereka ditolak oleh majoriti rakyat harus diketahui masyarakat.

“Fakta itu penting diperjelaskan agar rakyat mampu membuat pertimbangan yang saksama dalam menilai fitnah baharu.

“Rakyat perlu difahamkan PRU-15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh untuk berdepan risiko bencana.

“PRU-15 amat mustahak bagi membentuk kerajaan yang berdaya mendepani ramalan kemelesetan ekonomi global tahun depan,” katanya lagi.

Zahid turut menggariskan beberapa kronologi dakwaan pembangkang menolak PRU-15 tahun ini, iaitu:

28 Mac 2021: UMNO minta PRU-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021 bagi mengembalikan kestabilan.

1 April – 31 Ogos 2021: Mereka beri alasan Covid-19 masih ada sedangkan aktiviti sosial mahupun ekonomi telah kembali sepenuhnya. Negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

13 Sept 2021: Mereka bergegas memeterai MoU dengan kerajaan selepas tarikh 1 Ogos berakhir dan menetapkan PRU-15 tidak boleh diadakan sebelum Julai 2022.

10 Mac 2022: Mereka menawarkan kerajaan lanjutan MoU dengan syarat tidak adakan PRU-15 selepas Julai 2022.

23 Mac 2022: Mereka mengagalkan usul kerajaan melanjutkan peruntukan Akta SOSMA negara menyebabkan MoU terbatal.

24 Mac 2022: Mereka menafikan MoU telah terbatal dan menegaskan PRU-15 masih belum boleh diadakan.

1-30 September 2022: Mereka bantah PRU-15 diadakan tahun ini dengan alasan negara telah memasuki musim hujan.

2 Oktober 2022: Mereka bantah PRU-15 tahun ini kerana didakwa tidak menghormati sambutan perayaan Deepavali.

Zahid berkata pembangkang tahu fitnah dan janji-janji baharu mereka tidak dapat memperdayakan rakyat lagi.

“Mereka (pembangkang) berharap alasan musim hujan dapat terus ‘membeli masa’ untuk mengelak daripada berdepan penentuan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
8 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok