Zahid juga senada dengan blok pembangkang, tolak PRU diadakan

July 12, 2021 · Politik

Selepas blok pembangkang menolak untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU), kini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga senada dengan membuat pendirian parti itu juga menolak untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Zahid menafikan dakwaan UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bertujuan untuk memberi laluan kepada PRU15 diadakan, sebaliknya menegaskan UMNO mahu vaksinasi terlebih dahulu selesai sebelum langkah mengembalikan mandat rakyat dilaksanakan.

“Menangani Covid-19 secara inklusif dan memastikan proses vaksinasi rakyat disegerakan. Setelah mencapai imunisasi kelompok, barulah Perdana Menteri baharu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU15.

“Jadi, mana datang cerita UMNO tarik balik sokongan supaya PRU15 diadakan semasa pandemik sedang berleluasa?” katanya di Facebook.

Pada 7 Julai lalu, Majlis Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu mesyuarat membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta dan meminta Presiden Bersatu itu meletak jawatan.

Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi digariskan parti terbabit.

Pembangkang Pakatan Harapan (PH) selepas keputusan UMNO tersebut menyokong langkah yang diumumkan Zahid itu.

PH bagaimanapun menolak pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum diadakan atas alasan penularan Covid-19 yang semakin serius dihadapi negara.

“Majlis Presiden turut berpendirian bahawa waktu ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum, pilihanraya negeri atau pilihanraya kecil memandangkan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
21 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
22 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
22 jam lalu· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Baiknya ultra kiasu, mereka dapat terima ‘madani’, sindir Ridhuan Tee
January 23, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok