Zahid jawab dakwaan isu calon BN diminta sokong jadi PM

November 1, 2022 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diminta menandatangani surat menyokongnya jika UMNO-BN menang pada pilihan raya kali ini.

“Itu tipu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini lapor BH.

Beliau diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, semalam.

Ketika disoal tentang kemelut dalaman berkaitan pemilihan calon BN bagi kerusi Parlimen Arau yang hangat diperkatakan sejak semalam, beliau enggan mengulas lanjut.

“Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi,” katanya.

Kemelut dalaman UMNO dilihat semakin memuncak selepas penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan ringkas di Facebooknya malam tadi mengesahkan tidak dicalonkan dan serentak itu bekas Menteri Besar Perlis itu menutup semua bilik gerakan BN di kawasan Parlimen Arau yang diwakilinya sejak 2013 lalu.

Sebelum ini Zahid sudah menafikan dakwaan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri jika BN memenangi PRU-15 ini dengan menegaskan ia hanya usaha pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti.

Penyandang Bagan Datuk itu juga mengulang ketetapan parti bahawa Datuk Seri Ismail Sabri kekal calon PM ke-10 bagi gabungannya itu.

BN dijangka mengumumkan senarai calon akhir malam ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok