Zahid janji Sabah, Sarawak dibangun setelah PN isytihar jadi wilayah

September 16, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi strategik dari segi pembangunan ekonomi dan politik.

Sambil berjanji kedudukan kedua-dua negeri itu akan terus dipertingkatkan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengembar-gemburkan ramalannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan ‘menang’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Untuk rekod, beberapa janji serupa pernah dibuat UMNO dan BN kepada kedua-dua negeri itu, namun selepas mereka mencapai kejayaan, isu yang sama melibatkan pembangunan dan status Sabah serta Sarawak, terus berulang dan gagal ditangani.

Zahid berkata, Sabah dan Sarawak juga kini telah diiktiraf sebagai wilayah dan bukan lagi negeri selepas pindaan Perlembagaan berkuat kuasa.

“Dinamika sosiopolitik semasa menyaksikan Sabah dan Sarawak kini diiktiraf sebagai wilayah dan bukan lagi negeri selepas Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] berkuat kuasa pada 11 Februari 2022,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Malaysia, hari ini (16 September 2022).

Untuk rekod pindaan akta itu diluluskan ketika negara berada di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), bukannya BN, apabila Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Mac 2021 mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai negeri ditukar kepada wilayah, serta-merta.

Muhyiddin berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Beliau juga berkata PN komited untuk meneruskan agenda bagi memastikan pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak berterusan.

Penggunaan istilah wilayah Sabah dan Sarawak itu sekali gus meletakkan kedudukan kedua-dua wilayah berkenaan setaraf dengan Semenanjung Malaysia.

Istilah ini selaras dengan konteks penubuhan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah iaitu Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.

Pengiktirafan itu juga meletakkan kedudukan Sabah, Sarawak lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Wilayah bukan sekadar satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ianya tentang perkongsian sama taraf antara tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Mengulas lajut, Zahid berkata fakta yang jelas ialah tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan terbentuk.

“Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (kemudian keluar) bersama-sama membentuk Malaysia.

“Maka terdapat kekeliruan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia adalah tidak tepat. Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia. Sebaliknya Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
15 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
16 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Tuan Ibrahim sahkan semua Menteri PN hantar surat kepada Agong
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
7 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
8 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
8 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
13 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok