Zahid janji dengan Anifah jawatan menteri, Ismail Sabri kata tak tahu

November 15, 2022 · Politik

Perjanjian untuk memberi jawatan menteri kepada bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang didakwa ditawarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak diketahui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri dalam laporan media menjelaskan beliau tidak tahu-menahu berhubung perjanjian Anifah dengan Zahid tersebut jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.

Malah, Ismail Sabri berkata ketika ini timbul pelbagai cerita yang ‘bukan-bukan’ menjelang hari pengundian pada 19 Nov ini.

“Kadang-kadang setengah orang main sebut nama sahaja, tetapi tidak ada pun tawaran tersebut tapi kerana tidak ada sesiapa yang ada (pada) waktu itu, mungkin jadi dia main sebut.

“Sekarang ini macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul,” katanya dipetik laporan media.

Media bertanya kepada Ismail Sabri berhubung isu tersebut selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya semalam.

Ismail Sabri ditanya media untuk mengulas dakwaan berkenaan Anifah dijanjikan jawatan dalam kabinet oleh Zahid sekiranya BN menang PRU-15.

Justeru, Ismail Sabri berkata perkara itu tidak boleh dianggap benar, kerana dirinya sendiri tidak tahu berkenaan dakwaan tersebut.

“Jadi tidak perlu kita ambil itu sebagai satu cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) dalam majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) dua hari lepas, membuat pendedahan mengenai tawaran itu sebagai balasan tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon UMNO.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok