Zahid jangan sombong, Kerajaan Pusat masih tumpang ehsan lain

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegur Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak sombong dengan kemenangan dicapai UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Dalam kenyataan di Twitter dengan disertai keratan rentas laporan berita kenyataan Zahid bertajuk ‘Tiada erti kerjasama dengan parti lain jika BN menang besar: Zahid’, beliau berkata kesombongan adalah ego tidak sihat yang perlu diperbaiki.

Beliau mengingatkan bahawa walaupun UMNO dan BN menang dalam PRN Johor, bekerjasama dan ehsan adalah suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan.

“Meski kita berjaya dalam satu segmen (PRN Johor), berehsan dan bekerjasama tetap suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan.

“Apatah lagi tatkala kita masih menumpang ehsan dalam satu segmen yang lain (peringkat Kerajaan Pusat),” katanya dipercayai merujuk kepada sokongan majoriti diberikan Perikatan Nasional (PN) kepada Kerajaan Pusat diketuai Naib Presiden UMNO sekarang ini.

“Arrogance is an unhealthy ego in need of repair.”

Zahid sebelum ini berkata jika BN berjaya memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor tidak ada erti lagi untuk mereka bekerjasama dengan parti politik lain.

Pengerusi BN itu berkata kemenangan dua pertiga pada PRN Johor bermakna mereka tidak lagi perlu untuk bekerjasama dengan parti politik lain, ia memandangkan sudah selesa dengan kemenangan besar yang menjadi milik gabungan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan. Berita berkaitan

Pada PRN Johor yang berakhir semalam, UMNO/BN menang besar 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR