Zahid ingatkan calon disingkir supaya bersyukur pegang jawatan lama

November 2, 2022 · Politik

Pemimpin lama dalam UMNO yang tidak dicalonkan diberi peringatan supaya bersyukur dengan jawatan selama ini mereka pegang sepanjang berada dalam parti itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu yang juga memegang jawatan lama dalam parti dan sedang berdepan kes mahkamah meminta supaya mereka yang tidak tercalon untuk bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak mengambil tindakan yang akan memberi kesan buruk kepada parti itu.

“Ketika ini kesetiaan kepada parti, merapatkan barisan lebih penting daripada merintih apabila tidak dicalonkan. Maka janganlah pula terfikir untuk mengkhianati parti secara langsung dan tidak langsung.

“Jika ini berlaku bermakna tidak bersyukur kerana selama ini mereka relevan, menjawat jawatan lama kerana atas tiket parti Umno dan Barisan Nasional,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) semalam oleh Zahid, pelbagai reaksi di peringkat akar umbi nampaknya menolak calon yang diletak untuk bertanding pada PRU-15 ini.

Malah, tular dalam media sosial sidang media yang dibuat oleh akar umbi yang secara terbuka menolak calon yang diumumkan oleh Zahid.

Tidak kurang juga bekas calon dan penyandang kerusi Parlimen secara terbuka mengumumkan bakal bertanding atas tiket parti lain selepas tidak terpilih.

Semalam menyaksikan empat menteri dan tiga timbalan menteri daripada UMNO digugurkan manakala kerusi seorang menteri lagi tidak diumumkan.

Empat menteri yang digugurkan ialah:

Menteri komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagi kerusi Parlimen P026 Ketereh yang digantikan oleh Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin;

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan Rozabil Abd Rahman bagi kerusi Parlimen P003 Arau;

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba digantikan Manndzri Nasib di P155 Tenggara; dan

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di P156 Kota Tinggi.

Tiga timbalan menteri yang tidak dicalonkan ialah:

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang digantikan oleh Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid digantikan Maslin Sham Razman di P067 Kuala Kangsar; dan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib digantikan Shahaniza Shamsuddin di P086 Maran.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Tan Sri Muhyiddin seleweng 600 bilion?
December 4, 2022· Rencana
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok