Zahid ikut strategi cikgu: Sanusi

February 13, 2022 · Politik

Tindakan Barisan Nasional (BN) yang menuntut diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah formula serta strategi yang telah dilaksanakan Pakatan Harapan (PH), khususnya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini menggunakan formula itu untuk menunjukkan parti berkenaan sudah kembali diterima rakyat.

Memetik laporan Sinar Harian semalam, beliau berkata Zahid kini mengikut strategi dilakukan cikgunya dengan menuntut satu demi satu PRN diadakan.

“Tindakan BN yang terlalu menuntut beberapa PRN diadakan kini adalah kerana mereka mahu menunjukkan yang parti sudah kembali diterima rakyat.

“Formula ini adalah sama dengan apa yang dilakukan Presiden PKR, dan dipercayai ia diamalkan pula Presiden UMNO.

“Ini strategi digunakan Anwar dan diikut pula oleh Zahid yang juga anak muridnya. Mereka (UMNO) mahu tunjuk yang konon mereka sudah mendapat keyakinan kembali, itu sebab mereka buat PRN demi PRN,” katanya berucap sebelum merasmikan Majlis Himpunan Petugas Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kawasan Pulai, semalam.

“Beza sikit daripada Anwar, kalau boleh lihat berapa beliau (Anwar) berjaya buat Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2008 hingga 2013 tetapi tidak boleh buat PRN kerana ketika itu tiada negeri yang goyah, Zahid berjaya lakukan,” kata Sanusi lagi yang juga Menteri Besar Kedah.

Hubungan Zahid dan Anwar sinonim sebagai ‘cikgu dan murid’ setelah Presiden UMNO itu mengaku Presiden PKR adalah gurunya, ketika kedua-duanya berbual menerusi telefon ketika UMNO mengadakan perhimpunan agung pada Mac tahun lalu.

Klip audio perbualan kedua-duanya tular beberapa hari selepas perhimpunan itu yang menunjukkan kedua-duanya menyusun strategi politik parti masing-masing.

Zahid dan Anwar sudah lama menjadi rakan seperjuangan dalam politik iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat dan Presiden UMNO ketika itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa, 10,955 orang anggota tentera dan pasangan, 11,576 orang anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
September 26, 2022· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
22 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
23 jam lalu · Politik
Ahli DAP setuju pindaan antilompat parti dalam perlembagaan
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
60 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok