Zahid gesa PAS belajar sejarah

April 1, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan nada memujuk, sekali lagi mengingatkan rakan sekutunya yang mula-mula menubuhkan Muafakat Nasional (MN) – PAS – supaya berfikir dengan cermat mengenai kepentingan mempertahankan gagasan yang asli.

Pada masa sama, Presiden UMNO, dilihat mahu PAS menolak kerjasama dengan Bersatu dan belajar daripada kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dahulu.

Katanya, rakyat berbilang kaum di negara ini menerima dengan positif apa yang ditawarkan oleh MN sebenar.

“Justeru, saya berharap rakan politik UMNO dalam Muafakat Nasional berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli.

“Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan ‘genuine’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MN  yang dimaksudkan Zahid merujuk kepada gagasan yang dibentuk oleh UMNO dan PAS, sebelum penyertaan Bersatu.

APU pula adalah gagasan politik yang aktif pada 1990 hingga 1996. Ia dianggotai PAS, Semangat 46 (di bawah Tengku Razaleigh Hamzah), Berjasa, Hamim dan Kongres India Muslim Malaysia.

“Mereka percaya kepada Muafakat Nasional yang itu, bukan yang ini. Kerana sinergi yang terbentuk antara UMNO dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas,” kata Zahid.

Beliau berkata, ramai pihak yang menimbulkan persoalan berhubung status MN sebaik sahaja Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 selesai.

Dalam satu lagi kenyataan, Zahid mendakwa beliau diminta untuk membubarkan UMNO, tetapi kerana keengganannya beliau kini menempuh laluan sukar, termasuk berdepan paling banyak tuduhan.

Beliau mendakwa kedegilannya juga menyebabkan beliau tidak dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ketika Persidangan Agung UMNO 2020 di PWTC pada Sabtu dan Ahad lepas saya mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan serta akar umbi.

“Mereka minta UMNO tarik sokongan kepada kerajaan PN.  Mereka juga gesa Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC. Keputusan yang saya lakukan ini adalah berdasarkan suara perwakilan, akar umbi dan ahli MKT UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
14 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok