Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan

March 20, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa keputusan pemilihan parti itu yang berakhir semalam, menunjukkan akar umbi UMNO mahu kekal bersama DAP dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Menurutnya keputusan itu juga dengan jelas menunjukkan akar umni UMNO mahukan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diperkukuhkan.

Bagaimanapun, beberapa ulasan ditemui dalam laman media sosial menunjukkan tidak semua akar umbi gembira kerjasama antara UMNO dan PH, khususnya DAP.

Mereka memberi amaran bahawa sama ada benar akar umbi memberi dukungan atau tidak boleh dilihat pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan di enam negeri – Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – yang dijangka pertengahan tahun ini.

Pada sidang media selepas mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan semalam (19 Mac 2023), Zahid yang juga Presiden UMNO menang tanpa bertanding, juga mendakwa keputusan pemilihan parti itu juga menunjukkan telahan untuk menggugat kerajaan perpaduan yang ada adalah sesuatu yang boleh dielakkan.

“Ini terlihat dari bahawa kesatupaduan pemilihan terhadap kepimpinan UMNO memperlihatkan bahawa dukungan daripada akar umbi jelas untuk kepimpinan di peringkat nasional memberikan dukungan sepenuhnya kepada keutuhan kerajaan perpaduan yang ada sekarang.

“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha-usaha untuk menggugat kerajaan perpaduan yang ada sekarang ia jelas ditolak oleh para perwakilan.

“Dan ini jelas sebagai satu signal (isyarat) bahawa unsur-unsur untuk memecahkan UMNO dari luar dan juga menyuntik perpecahan ini dari dalam itu jelas adalah untuk meruntuhkan kerajaan yang ada,” katanya.

Zahid yang juga Ahli Parlimen (PH-BN) Bagan Datuk berkata kombinasi puluhan parti yang ada dalam kerajaan perpaduan ini dan diperkuatkan dengan kepimpinan baharu UMNO ianya akan memperkukuhkan lagi kerajaan perpaduan.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
30 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok