Zahid dah tak relevan dalam BN: Razali

August 3, 2023 · Politik

Bersatu mendakwa peranan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi relevan dalam parti berkenaan.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata ini ia dibuktikan apabila di tengah-tengah pilihan raya negeri (PRN), rakan komponen BN, MIC menyatakan kekecewaannya terhadap Zahid.

“Pengerusi BN dilihat sudah tidak berfungsi dan relevan lagi. Apatah lagi di tengah-tengah kempen PRN, parti MIC secara terbuka melahirkan kekecewaan terhadap Zahid.

“Lebih memalukan, kemunculan Presiden UMNO ini dilihat seolah-olah tidak diundang dalam pertemuan eksklusif Presiden MIC, (Tan Sri SA Vigneswaran) dan partinya bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Ini adalah satu petanda sangat jelas, mesej sangat terus-terang malahan kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, Vigneswaran secara terbuka meminta Ahmad Zahid supaya tidak ‘menganaktirikan’ parti itu ketika berucap pada majlis perjumpaan Bersama MIC Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak dapat baca ucapan teks hari ini secara umum lebih-lebih lagi dengan kehadiran media hari ini. Saya seperti tidak dapat bercakap kerana Zahid ada di sini hari ini (semalam). Kita juga hanya dapat tahu beliau akan hadir pada saat akhir.

“Bagaimanapun ingin saya cakap di hadapan semua tentang rasa kurang senang kami terhadap tindak tanduk khasnya dalam BN itu sendiri. Kami telah dianaktirikan dalam soal pembahagian kerusi dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali berkata, penolakan mega terhadap UMNO semakin menyerlah dan pengundi di seluruh enam negeri yang terlibat dalam PRN akan menghantar mesej jelas penolakan rakyat kepada kerajaan, 12 Ogos ini.

“UMNO sudah tidak relevan, BN juga semakin lemah kerana masih ada Ahmad Zahid.

“Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka hati menerima mana-mana parti yang hendak bersama dalam memperjuangkan demi rakyat dan kaum yang diwakilinya. Tiada unsur-unsur dianaktirikan atau disepikan di dalam PN.

“Kami di dalam PN saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
14 minit lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok