Zahid curang, tipu ahli UMNO, kata penganalisis politik

November 21, 2022 · Politik

Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berpandangan rundingan itu, sama ada membawa UMNO dan BN sebagai sebahagian kerajaan bersama PH atau sekadar menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, membelakangkan suara akar umbi parti.

Selain itu, katanya, rundingan berkenaan juga tidak melepaskan Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada bertanggungjawab terhadap prestasi buruk UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menurut BH.

Sehubungan itu, beliau menegaskan walau apa jua keputusan rundingan ketika ini, sama ada BN menjadi kerajaan atau kekal sebagai pembangkang, Zahid tetap perlu akur dengan desakan akar umbi yang mahukannya meletakkan jawatan.

“Jika kerjasama BN dan PH ini berlaku, ia bertentangan dengan ketetapan PAU dan Zahid perlu bertanggungjawab dengan tindakannya yang merosakkan UMNO.

Zahid juga jelas menipu ahli UMNO dan menyalahgunakan PAU apabila sebelum ini menafikan ingin bekerjasama dengan Anwar dan DAP, tapi perkara itu kini terserlah benar.

“Jelas, Zahid curang pada parti dan ahlinya. Dengan pelbagai desakan di peringkat bahagian dan sayap serta pimpinan negeri, beliau nyata sudah kehilangan kepercayaan untuk memimpin UMNO dan BN, sekali gus perlu melepaskan jawatan untuk memulihkan parti,” katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, pemimpin utama PH dan sejumlah Ahli Parlimen PH hadir dalam pertemuan dengan pemimpin tertinggi dan Ahli Parlimen BN di Hotel Seri Pacific bersebelahan ibu pejabat UMNO di sini, hari ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi berunding usaha membentuk kerajaan antara kedua-dua pihak, berikutan tiada parti yang berjaya mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dalam PRU-15, Sabtu lalu.

PAU 2020 yang diadakan pada Mac tahun lalu antara lain memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Anwar, DAP dan BERSATU dalam PRU15.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik turut berpandangan pimpinan tertinggi parti lain yang kalah pada PRU15 juga perlu meletakkan jawatan bagi membolehkan proses peremajaan dan pembaharuan parti masing-masing berjalan.

“Bukan saja Presiden UMNO, tapi parti lain yang kalah teruk juga seperti Presiden MIC dan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) juga perlu lepaskan jawatan.

“Ini penting untuk beri ruang pada pemimpin pelapis naik dan menyegarkan semua parti supaya mereka dapat bangkit semula dan tidak menjadi parti yang tewas selamanya dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
21 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
21 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok