Zahid cuba heret MT UMNO dalam penipuan yang dirancang lebih awal?

July 10, 2021 · Politik

Tindakan menyediakan perutusan sidang media lebih awal sebelum berlangsung Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Rabu menimbulkan persoalan niat sebenar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat cuba mengheret ahli-ahli mesyuarat dalam penipuan yang dirancangnya.

Difahamkan, perutusan sidang media Zahid itu direkod lebih awal dan kemudiaan disiarkan dalam laman Facebook, tiada juga sesi soal jawab dengan media diadakan selepas itu.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata perbincangan dalam Mesyuarat MT pada Rabu berlangsung dengan berhemah apabila Ahli MT memberikan pandangan masing-masing dan terdapat juga yang tidak bersetuju keputusan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) diputuskan secara melulu.

“Semua bercakap penuh hemah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ya benar, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan melulu.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan MKT,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Bagaimanapun, Annuar mendakwa suara ahli-ahli mesyuarat yang hadir tidak diendahkan oleh Zahid yang membuat keputusan secara tergesa-gesa dengan mengumumkan keputusan UMNO untuk keluar daripada kerajaan PN dan mendesak Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, malah kenyataan media juga sudah disediakan lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat pada malam Rabu baru-baru ini.

“Sayangnya, kenyataan media sudah disiapkan lebih awal,” katanya lagi.

Zahid memberi kenyataan media secara siaran langsung dalam Facebook yang didakwa Annuar direkod lebih awal.

Malahan, penularan satu klip video semasa penghujung mesyuarat MT secara maya yang dibacakan Zahid juga berbeza dengan kandungan video perutusan sidang media yang disiarkan dalam Facebook.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengesahkan Ahli Parlimen (MP) UMNO bebas untuk menyokong kerajaan PN semasa pengundian di Parlimen memecah tembelang Zahid.

Presiden UMNO itu semasa perutusan sejurus Mesyuarat MT pada Rabu mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, ia bagaimanapun tidak menyatakan MP UMNO boleh membuat keputusan mengikut budi bicara masing-masing semasa pengundian di Parlimen nanti.

Kenyataan tersebut sekaligus membuktikan Zahid terkantoi selepas tular satu klip video mendedahkan kenyataannya berhubung pendirian MT UMNO yang memberi kebebasan kepada MP UMNO untuk mengundi nanti di Parlimen.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok