Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula

June 26, 2022 · Politik

Selepas UMNO disindir dan diperlekehkan Rafizi Ramli berhubung cadangan menubuhkan Lembaga Unggas Negara (Ayam), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas semula bakal Timbalan Presiden PKR itu.

Presiden UMNO itu mempertahankan cadangan UMNO berhubung penubuhan sebuah lembaga bagi menangani kenaikan harga ayam dengan membidas semula kritikan Rafizi yang didakwanya tidak membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Kita semua masih ingat siapa Rafizi dan bermacam dakyah penipuan yang ditaburkan kepada rakyat sejak PRU13 lagi melalui kempen ‘Bina Semula Negara’ beliau.

“Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan mereka. Rakyat tidak kisah tentang formula. Terutama sekali formula daripada Rafizi bersama PH sendiri tumbang selepas 22 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat mencadangkan kerajaan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan bekalan ayam supaya ia dapat ditangani secara menyeluruh.

Rafizi semalam menyindir cadangan UMNO yang diputuskan semasa Mesyuarat Tertinggi (MT) semalam dengan menyifatkan ia suatu yang melucukan.

“Idea UMNO untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Kebangsaan.

“Selepas ini apabila harga kambing pula naik, UMNO akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan,” katanya.

Rafizi berkata cadangan UMNO hanya akan menambah beban kepada rakyat apabila terpaksa membayar gaji mereka yang dilantik dalam lembaga tersebut dan kemudiaan tidak akan menyelesaikan masalah harga ayam yang naik.

“Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos-bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain,” katanya lagi.

Sebaliknya, Rafizi mencadangkan supaya mewujudkan stok penimbal (stockpile) serta penstrukturan semula sejumlah kementerian agar pengurusan rantaian bekalan ditangani dengan lebih berkesan tanpa pertindihan kuasa antara kementerian.

Jelasnya, krisis ketika ini tidak begitu berbeza dengan apa yang berlaku pada era 1970-an, ketika berlakunya perang dan konflik geopolitik, inflasi, sekatan bekalan minyak mentah dan kekurangan bekalan bijirin.

“Negara-negara yang lebih bersedia (dari segi dasar kelangsungan makanan, keupayaan kerajaan menyelaraskan kembali bekalan makanan dan kekukuhan kewangan negara) berjaya menangani gangguan sebegini tanpa menyebabkan kesengsaraan rakyat, sedangkan negara-negara yang lemah tadbir urusnya akan menyeksa rakyat (seperti yang berlaku di Sri Lanka sekarang),” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok