Zahid bidas parti enggan bubar DUN tamak kuasa pula

October 11, 2022 · Politik

Selepas beberapa negeri mengumumkan tidak akan mengikut langkah UMNO mengadakan pilihan raya secara bersama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas parti politik lain sebagai tamak kuasa pula.

Ironinya, Presiden UMNO itu menyalahkan parti politik lain sebagai tamak kuasa hanya kerana tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjalankan pilihan raya serentak, walhal beberapa negeri sudah dilanda banjir ketika ini.

“Mereka sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan kerana khuatir akan kehilangan kuasa.

“BN (Barisan Nasional) jika tamak kuasa seperti mereka, boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Zahid juga mempertahankan langkah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah kerana bagi menyerahkan mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan yang ingin dipilih mereka, ia walaupun diketahui umum kes mahkamah yang sedang dihadapinya sedang dalam perbicaraan ketika ini.

“‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak,” katanya lagi.

Umum mengetahui, keputusan kes rasuah Zahid semakin hampir dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Zahid juga mendakwa ia suatu pembaziran sekiranya pilihan raya diadakan secara berasingan.

“Justeru, di manakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” katanya.

Selain Pakatan Harapan (PH), negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu juga dilaporkan tidak akan membubarkan DUN bagi mengadakan secara bersama dengan PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok