Zahid beri isyarat sekali lagi desak PM buat PRU segera, Sabtu penentu?

August 26, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali dilihat memberi isyarat supaya Naib Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataannya, Presiden UMNO itu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata UMNO tidak mahu melengahkan PRU-15 sebagaimana diharapkan parti pembangkang.

“Kita tidak akan ikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU-15 agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambahkan serangan politik terhadap UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Zahid telah beberapa kali mendesak Ismail Sabri mempercepatkan PRU-15, sehinggakan suatu ketika beliau dilihat memberi amaran kepada Perdana Menteri dengan berkata “Segerakanlah atau UMNO, BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna”.

Terdahulu, dua portal berita melaporkan Ismail Sabri diberi tekanan dan amaran oleh ‘panglima perang’ UMNO supaya memenuhi empat tuntutan atau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO.

Empat tuntutan itu ialah memecat Peguam Negara; memecat Ketua Hakim Negara; mendapatkan pengampunan segera untuk Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang; dan mengadakan segera PRU-15.

Kenyataan Zahid hari ini juga menyusul tatkala beliau memanggil satu perjumpaan khas pada Sabtu ini – kali kedua diadakan sepanjang minggu ini selepas semua ketua-Ketua bahagian UMNO dipanggil sehari sebelum ‘Raja Media Sosial’ parti itu Najib dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun.

Perhimpunan Sabtu ini dijangka lebih besar kerana ia bukan sahaja melibatkan ketua bahagian tetapi ia dipanjangkan kepada semua pemimpin peringkat akar umbi sehingga ketua-ketua cawangan juga dijemput dengan mesej ia bakal menjadi satu perjumpaan penting bagi menentukan hala tuju parti itu.

Sememangnya himpunan pada Sabtu ini amat penting kepada UMNO khususnya Zahid kerana jika semakin lama PRU-15 dilengahkan, maka semakin hampir nasib sama menimpa Najib, bakal berlaku kepada dirinya.

Tiada jalan pintas lain yang dimiliki untuk Zahid mengelak dirinya daripada dijatuhi hukuman sama seperti rakan karibnya, Najib itu. Hanya PRU-15 segera menjadi satu-satu jalan keluar jika tidak mahu episod Najib masuk penjara berulang kepada dirinya.

Dalam kenyataannya, Zahid juga mengajak ahli UMNO supaya mempertingkat azam untuk bergerak ke depan bersama dan tidak goyang walaupun badai politik melanda.

“UMNO bukanlah parti nyamuk yang baru ditubuhkan. Usia UMNO kini mencecah 76 tahun. Bermakna UMNO ada tradisi, sejarah dan kesinambungan dalam negara.

“Patah tumbuh hilang berganti. Sekali air bah sekali pantai berubah. UMNO sentiasa diuji zaman berzaman.

“Ramai yang keluar parti dalam sejarah yang panjang. Ada yang memilih menentang UMNO selepas itu. Namun UMNO tetap teguh walaupun badai politik bergelora,” katanya.

Zahid berkata sejarah dan tradisi UMNO meluas dan panjang selain banyak mencatat sejarah yang bijaksana.

“Yang penting UMNO sentiasa bergerak ke depan, menyantuni rakyat dengan dasar realistik dan tidak menjanjikan bulan bintang seperti manifesto PH (Pakatan Harapan) yang lalu,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
6 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu· Isu semasa
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
9 jam lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
10 jam lalu· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
15 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
19 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022 · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
September 25, 2022 · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok