Zahid beri isyarat desak PRU-15 disegerakan selepas BN menang di Johor

February 11, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) tidak gusar dengan mana-mana parti politik di negara ini, kerana gabungan itu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyifatkan PRU15 mustahak untuk memastikan keadaan politik Malaysia kembali pulih, dan kestabilan politik penting untuk memastikan Malaysia dapat bergerak maju ke hadapan serta bangkit segera daripada kerosakan sejak 9 Mei 2018, menurut laporan Bernama.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pula penting untuk mengembalikan kestabilan di negeri itu.

“PRN Johor perlu diadakan apabila berlaku ketidakstabilan politik, selepas kerajaan sedia ada hanya memiliki kelebihan satu kerusi majoriti.

“Banyak kali ini diperjelaskan, termasuk risiko untuk mendapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) terhadap sesuatu usul yang penting untuk rakyat negeri itu,” katanya.

Zahid juga menjelaskan kerajaan Johor sedia ada, berdepan dengan dilema apabila sering diugut dan diancam oleh parti politik tertentu jika tidak menuruti kepentingan mereka.

“Justeru, sebelum parti politik itu tekan butang secara tiba-tiba dan menimbulkan kekalutan, adalah lebih ‘afdal’ kita tekan butang terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga mengakui ada yang khuatir parti politik tersebut akan bertindak balas dengan ‘menekan butang’ di peringkat Persekutuan, andai tewas PRN Johor.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
6 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
6 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
7 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
9 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu perlu terus berani berjuang
4 minit lalu · Politik
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
1 jam lalu · Politik
PRU-15: PM kena bincang dengan Kabinet, perlukan sokongan penuh
2 jam lalu · Politik
PRU-15 ketika banjir serlah sikap UMNO sanggup gadai nyawa rakyat
2 jam lalu · Politik
Zaharin yang dipecat ajak rakyat tolak UMNO, BN bawah ‘penyamun’
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
16 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok