Zahid belum ada niat tak bertanding pada PRU-15

October 21, 2022 · Politik

Selepas spekulasi tercetus kononnya akan menarik diri daripada bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan dakwaan dibuat sebuah portal hari ini.

Presiden UMNO itu berkata setakat ini tidak terniat untuk tidak bertanding pada PRU-15 seperti didakwa oleh sebuah laporan media tersebut dan tidak tahu daripada mana sumber tersebut diperoleh dikorek.

“Saya tak tahu di mana punca dan sumber menulis (berita) begitu. Saya fikir elok tanya orang atau kumpulan itu.

“Saya berlum terniat melakukan sedemikian (tak tanding),” katanya dipetik laporan media semasa program di Terengganu hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Zahid tidak akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu.

Menurut portal tersebut, mereka difahamkan tempat Zahid akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah, atau pun orang kanannya sendiri.

Menurut laporan itu, ahli politik berusia 69 tahun itu membuat keputusan tersebut sebagai pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan.

Susulan laporan tersebut, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, dipetik Umno Online sebagai berkata tiada sebarang kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh Zahid, malah menyifatkannya sebagai propaganda politik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok